Pep_Guardiola
Pep_Guardiola

Pep_Guardiola

Josep "Pep" Guardiola Sala (sebutan Catalan: [ʒuˈzɛb ɡwəɾðiˈɔɫə]; lahir 18 Januari 1971) ialah pengurus profesional dan bekas pemain bola sepak Sepanyol. Beliau merupakan pengurus semasa pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City. Guardiola bermain sebagai pemain tengah dan menghabiskan majoriti kerjayanya bersama Barcelona, membentuk "Pasukan Impian" Johan Cruyff yang memenangi Piala Eropah pertama kelab itu pada tahun 1992 dan empat kejuaraan La Liga berturut-turut dari tahun 1991 sehingga 1994. Beliau kemudiannya menjadi kapten pasukan ini dari tahun 1997 sehingga 2001. Beliau kemudiannya bermain untuk Brescia dan Roma di Itali, Al-Ahli di Qatar dan Dorados de Sinaloa di Mexico semasa berlatih untuk menjadi seorang pengurus. Guardiola membuat 47 penampilan untuk Sepanyol. Beliau memenangi pingat emas Olimpik pada tahun 1992 dan beraksi dalam Piala Dunia FIFA 1994. Beliau juga bermain perlawanan persahabatan untuk Catalonia.Sebagai pengurus, Guardiola memenangi 14 trofi dalam empat tahun pertama kerjayanya pengurusan beliau. Beliau merupakan sakah seorang pengurus yang paling berjaya di dunia dan dianggap oleh ramai pemain, pengurus dan pengulas sebagai salah seorang pengurus terbaik di dunia.

Pep_Guardiola

1991 Sepanyol B21
2003 Brescia
Tarikh lahir (1971-01-18) 18 Januari 1971 (umur 48)
2001–2002 Brescia
1984–1990 Barcelona
2016– Manchester City
Kelab terkini Manchester City (pengurus)
1990–2001 Barcelona
2003–2005 Al-Ahli
1990–1992 Barcelona B
2008–2012 Barcelona
1995–2005 Catalonia
2005–2006 Dorados
2002–2003 Roma
Nama penuh Josep Guardiola Sala
1992–2001 Sepanyol
2013–2016 Bayern Munich
Posisi permainan Pemain tengah
Tahun Pasukan
Tempat lahir Santpedor, Sepanyol
1991–1992 Sepanyol B23
2007–2008 Barcelona B
Ketinggian 1.80 m (5 ka 10+7⁄8 in)[1]