Penemuan Perekaan_dan_penemuan_Belanda

Bakteria

Bakteria telah dicerap buat pertama kali oleh Anton van Leeuwenhoek pada tahun 1676 dengan menggunakan mikroskop kanta tunggal yang direkanya. Makhluk yang dilihatnya diperihalkan sebagai makhluk kecil. Nama bacterium diperkenalkan lebih lama kemudian oleh Christian Gottfried Ehrenberg pada tahun 1828 dan diterbitkan daripada perkataan bahasa Greek βακτηριον yang membawa pengertian "ranting kecil". Diakibatkan kesusahan untuk memerihalkan bakteria-bakteria secara berasingan serta pentingnya penemuan kesemua itu terhadap bidang-bidang seperti perubatan, biokimia, dan geokimia, sejarah bakteria umumnya diperihalkan sebagai sejarah mikrobiologi.

Spermatozoon

Spermatozoon (daripada bahasa Yunani: σπερμα (biji) dan ζων (hidup)) yang lebih biasa dikenali sebagai sel sperma ialah sel haploid yang merupakan gamet jantan. Ia bergabung dengan ovum untuk membentuk zigot yang bertumbuh menjadi suatu organisma baru, umpamanya manusia.

Sel-sel sperma menyumbangkan setengah daripada maklumat-maklumat genetik kepada anak diploid. Bagi mamalia, jantina anak ditetapkan oleh sel sperma: spermatozoon yang mengandungi kromosom Y akan melahirkan anak lelaki (XY), manakala spermatazoon yang mengandungi kromosom X akan melahirkan anak perempuan (XX) (ovum selalu membekalkan kromosom X).

Sel-sel sperma dicerap buat pertama kali oleh seorang murid Antoni van Leeuwenhoek pada tahun 1677. Leeuwenhoek kemudian memberikan gambaran sel sperma yang amat tepat.

Infusoria

Infusoria ialah istilah kolektif bagi makhluk-makhluk akuatik yang amat kecil seperti siliat, euglena, paramesium, protozoa dan alga sel tunggal yang hidup di dalam kolam air tawar. Bagaimanapun dalam pengelasan formal, infusoria tergolong dalam alam Haiwan, filum Protozoa, dan kelas Siliat (Infusoria). Ditemui buat pertama kali oleh Antoni van Leeuwenhoek pada tahun 1674, infusoria (kategori zoologi yang luput) adalah salah satu daripada banyak temuan Van Leeuwenhoek yang termasuk:

Respirasi tumbuh-tumbuhan dan fotosintesis

Daun. Tapak utama untuk fotosintesis dalam tumbuh-tumbuhan.

Fotosintesis dan respirasi tumbuh-tumbuhan merupakan satu proses biokimia yang penting yang tumbuh-tumbuhan, alga, dan sesetengah bakteria menukarkan tenaga cahaya matahari menjadi tenaga kimia. Proses ini ditemui oleh Jan Ingenhousz pada tahun 1779. Tenaga kimia ini digunakan untuk mendorong tindak-tindak balas sintetik seperti pembentukan gula, dan pengikatan nitrogen menjadi asid amino yang merupakan blok-blok binaan untuk sintesis protein. Pada hakikatnya, hampir semua hidupan bergantung kepada tenaga yang dihasilkan oleh fotosintesis untuk khasiatnya, dan menyebabkan fotosintesis amat penting untuk hidup di Bumi. Ia juga bertanggungjawab untuk menghasilkan oksigen yang merupakan sebahagian besar atmosfera Bumi. Organisma-organisma yang menghasilkan tenaga melalui fotosintesis dipanggil fotoautotrof. Tumbuh-tumbuhan adalah contoh fotoautotrof yang paling ketara, tetapi di sini harus ditekankan bahawa bakteria dan alga juga menyumbangkan kepada pertukaran tenaga bebas menjadi tenaga boleh guna.

Lingkaran Zuhal

Lingkaran Zuhal merupakan satu siri lingkaran planet yang mengelilingi planet Zuhal, dan yang terdiri sebahagian besarnya daripada ais dan debu.

Galileo Galilei merupakan pencerap lingkaran Zuhal yang pertama pada 1610, walaupun dengan teleskopnya yang tidak cukup kuat, beliau tidak dapat melihatnya dengan teliti dan salah menganggap bahawa Zurah mempunyai dua buah bulan pada setiap sisinya. [1] Pada tahun 1655, Christian Huygens menjadi orang pertama untuk mencadangkan bahawa Zuhal mempunyai sebuah lingkaran.

Australia

Hollandia Nova, peta 1659 yang disediakan oleh Joan Blaeu, berasaskan pelayaran-pelayaran Abel Tasman dan Willem Jansz. Gambar ini merupakan edisi Perancis yang diterbitkan pada tahun 1663.

Penglihatan pertama yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Australia oleh seorang anak Eropah dibuat pada tahun 1606. Duyfken, kapal Belanda, yang dipandu oleh Willem Jansz mengikut pantai New Guinea, terlepas Teluk Torres, dan menjelajah mungkin 350 kilometer di sepanjang pantai barat Tanjung York di Teluk Carpentaria, dengan anggapan bahawa kawasan itu masih merupakan sebahagian New Guinea [2]. Orang Belanda membuat satu pendaratan tetapi diserang oleh orang-orang asli dengan serta merta dan kemudian menamatkan sebarang penjelajahan lanjut.

Penemuan bahawa belayar ke arah timur dari Tanjung Harapan Baik sehingga tanah dapat dilihat, dan kemudian belayar ke arah utara di sepanjang pantai barat Australia merupakan laluan yang lebih cepat daripada mengelilingi pantai Lautan Hindi, menyebabkan pendaratan-pendaratan Belanda di pantai barat Australia sesuatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Kebanyakan pendaratan tersebut tidak terancang. Daratan mula tampak yang pertama adalah pada tahun 1616, apabila Dirk Hartog mendarat di apa yang kini dipanggil Pulau Dirk Hartog, berhampiran dengan pantai Australia Barat, dan meninggalkan satu inskripsi pada sebuah plat piuter. (Plat ini kini boleh dilihat di Rijksmuseum di Amsterdam.) Peristiwa yang termasyhur dan paling banyak berdarah ialah pembelotan dan pembunuhan yang menyusul nahas kapal Batavia.

Pelayaran-pelayaran lanjut oleh kapal-kapal Belanda menjelajah pantai utara Australia antara tahun 1623 dan 1636, dan memberikan nama kini kepada Tanah Arnhem. Pada tahun 1642, Abel Tasman belayar dalam suatu pelayaran yang termasyhur dari Batavia (kini Jakarta) ke Papua New Guinea, Fiji, serta New Zealand dan pada 24 November melihat Tasmania. Beliau menamai Tasmania sebagai Tanah Van Diemen sempena nama Anthony van Diemen, Gabenor Jeneral Syarikat Hindia Timur Belanda di Batavia yang menempah pelayaran tersebut. Tasman menuntut Tanah Van Diemen untuk Belanda. Pada tahun 1644, beliau membuat pelayarannya yang kedua [2,3], dan memetakan pantai utara Australia dari Tanjung York ke arah barat [2,3]. Penjelajah-penjelajah Belanda lain yang terkenal untuk pantai Australia termasuk François Thyssen [2,3] (dengan Pieter Nuyts di dalam kapal [2,3]) yang menemui kebanyakan pantai selatan pada tahun 1627 [2,3], serta Willem de Vlamingh [2] yang memetakan pantai barat antara tahun-tahun 1696-1697 [2].