Pergerakan_Kemerdekaan_Tibet_Antarabangsa

Pergerakan Kemerdekaan Tibet Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Tibet Independence Movement, ITIM) ialah sebuah suatu pergerakan yang memperjuangkan penubuhan suatu negeri Tibet yang merdeka terdiri daripada tiga wilayah tradisi Amdo, Kham, dan Ü-Tsang sebagai negara yang merdeka. Sokongan untuk pergerakan ini di Wilayah Autonomi Tibet adalah haram dalam lingkungan Republik Rakyat China[perlu rujukan] dan pergerakan ini diterajui terutamanya oleh bangsa Tibet dalam buangan dengan sokongan beberapa individu dan pertubuhan di luar Tibet.Sememangnya, ramai selebriti dan penganut agama Buddha bukan Tibet menyalurkan sokongan atau perpaduan - ini menghasilkan pergerakan 'Free Tibet' yang banyak meraih sokongan sejak pewujudannya. Tahap sokongan kepada pergerakan ini dalam lingkungan Wilayah Autonomi Tibet dan kawasan-kawasan berpendudukan Tibet dalam Republik Rakyat sukar disukat.Sebagai tindak balas kepada pergolakan di Tibet pada tahun 2008, Dalai Lama berkata bahawa beliau cuma meminta lebih autonomi untuk Tibet dalam China, bukan kemerdekaan sepenuhnya yang disifatkan beliau sebagai "mustahil".[1]