Perjanjian_Jepun–Korea_1910
Perjanjian_Jepun–Korea_1910

Perjanjian_Jepun–Korea_1910

Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea, juga digelar sebagai Keaiban Kebangsaan pada Tahun Anjing, ditandatangani pada 22 Ogos 1910 oleh para wakil kerajaan Empayar Korea dan Empayar Jepun, seterusnya memulakan pemerintahan Jepun secara de facto di Korea. Perjanjian ini terdiri daripada lapan perkara, yang pertamanya bertulis: "Duli Yang Maha Mulia selaku Maharaja Korea melaksanakan penyerahan segala hak dan kedaulatan ke atas seluruh Korea kepada Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun secara menyeluruh dan selamanya."Kesahihan perjanjian ini amat diragui dan ditolak oleh Korea sejak itu, dan kemudiannya oleh kuasa-kuasa Berikat yang menduduki Jepun pada penghujung Perang Dunia II. Maharaja Korea, Yung-hui, enggan mematuhi syarat menandatangani perjanjian itu, maka perjanjian tersebut, sungguhpun adanya cop mohor kebangsaan Empayar Korea, namun tidak menampakkan tandatangan baginda seperti yang diwajibkan undang-undang Korea. Sebaliknya, perjanjian ini ditandatangani Perdana Menteri Korea Lee Wan-Yong dan Residen Jeneral Count Terauchi Masatake Jepun. Dalam wasiat terakhir baginda pada tahun 1926, Maharaja Yung-hui berikrar bahawa perjanjian itu ditandatangani di bawah paksaan oleh menteri-menteri yang diugut dan dirasuah oleh pihak Jepun. Adalah dipercayai bahawa mohor diraja mula-mulanya disorok oleh Maharani Sunjeong tetapi kemudiannya dirampas orang lain. Pihak yang menandatangani dan bersetuju kepada perjanjian tersebut merupakan menteri-menteri Korea yang bersetuju dengan kerajaan Jepun secara senyap-senyap sebelum penandatanganan rasmi perjanjian tersebut. [1]Perjanjian Hubungan Asas 1965 antara Korea Selatan dan Japan mengisytiharkan bahawa:adalah disahkan bahawa segala perjanjian atau persetujuan yang diikat antara Empayar Jepun dan Empayar Korea pada atau sebelum 22 Ogos 1910 sudah dibatalkan dan tidak sah.Jepun mentafsirkan fasal tersebut dengan erti bahawa perjanjian tahun 1910 itu mula-mulanya sah, manakala kedua-dua Korea Selatan dan Utara mentafsirkan fasal tersebut dengan erti bahawa perjanjian itu tidak sah dari mula lagi. namun begitu, rangkap terakhir Perjanjian itu menentukan bahawa, sekiranya berlaku pertikaian mengenai tafsiran antara teks-teks bahasa Jepun dan Korea, tafsiran teks bahasa Inggeris yang sama kesahannya seperti kedua-dua teks bahasa lain akan mengatasinya. Maka, pendirian kerajaan Korea akan didukung apabila menghadapi pertikaian tafsiran bagi artikel ini.[2]