Persetiaan_Versailles
Persetiaan_Versailles

Persetiaan_Versailles

Persetiaan Versailles juga dikenali sebagai Triti Versailles merupakan satu daripada lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan Damai Paris yang bermula pada 12 Januari 1919. Perundingan ini diketuai oleh lima kuasa besar yang berjaya menewaskan Kuasa Paksi iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Tokoh-tokoh yang utama yang terlibat di dalam perundingan ini termasuklah Georges Clemenceau (Perancis) David Lloyd George (Britain), Vittorio Orlando (Itali) dan Woodrow Wilson (Amerika Syarikat). Hasilnya, lima perjanjian telah dimeterai dan ia diberi nama berdasarkan lima bandar suburbs di sekitar Paris iaitu Versailles, St Germain, Trianon, Neuilly dan Serves.