Kempen Pertempuran_Agincourt

Rencana utama: Perang Seratus Tahun

Henry V menyerang Perancis berikutan kegagalan rundingan dengan Perancis. Beliau menuntut gelaran Raja Perancis melalui moyangnya Edward III , sungguhpun dalam amalan raja-raja Inggeris pada umumnya bersedia untuk meninggalkan tuntutan ini jika Perancis mengakui tuntutan Inggeris bagi Aquitaine dan tanah Perancis yang lain (syarat-syarat Perjanjian Bretigny). [7] Beliau pada asalnya memanggil Majlis Besar pada musim bunga tahun 1414 untuk membincangkan hal berperang dengan Perancis, tetapi bangsawan-bangsawan bertegas agar beliau perlu berunding lagi dan mengurangkan tuntutan beliau. Dalam rundingan berikut Henry berkata bahawa beliau akan melepaskan tuntutannya ke atas takhta Perancis jika Perancis membayar 1.6 juta mahkota baki dari tebusan John II ( yang telah ditawan dalam Pertempuran Poitiers pada 1356), dan mengakui hak milik Inggeris ke atas tanah-tanah Normandy, Touraine , Anjou, Brittany dan Flanders, serta Aquitaine. Henry akan berkahwin dengan Puteri Catherine, puteri muda Charles VI, dan menerima mas kahwin sebanyak 2 juta mahkota. Perancis bertindak balas dengan apa yang mereka anggap syarat murah hati bagi perkahwinan dengan Puteri Catherine, mas kahwin 600,000 mahkota, dan Aquitaine diperbesarkan. Menjelang 1415 rundingan telah terhenti, dengan pihak Inggeris mendakwa bahawa Perancis telah mengejek tuntutan mereka dan mencemuh Henry sendiri. [8] Pada Disember 1414 , Parlimen Inggeris telah dipujuk bagi memberikan Henry "subsidi dua kali", cukai dua kali ganda kadar tradisional, untuk mendapatkan kembali warisan dari Perancis. Pada 19 April 1415, Henry sekali lagi meminta Majlis Besar bagi merestui perang dengan Perancis, dan kali ini mereka bersetuju. [9]

Tentera Henry mendarat di utara Perancis pada 13 Ogos 1415 dan mengepung pelabuhan Harfleur dengan kira-kira 12,000 orang tentera. Pengepungan Harfleur mengambil lebih banyak masa daripada yang dijangkakan. Pekan ini menyerah kalah pada 22 September, dan tentera Inggeris tidak meninggalkannya sehingga 8 Oktober. Musim kempen ini akan berakhir , dan tentera Inggeris telah mengalami banyak korban akibat penyakit. Disebalik berundur terus ke England untuk musim sejuk, dengan ekspedisi yang mahal menyebabkan penawanan hanya satu bandar, Henry membuat keputusan untuk menggerakkan kebanyakan tenteranya (kira-kira 9,000 orang) melalui Normandy ke pelabuhan Calais , kubu kuat Inggeris di utara Perancis, untuk mempamerkan kehadiran beliau di wilayah sebagai pemimpin tentera yang haknya untuk memerintah di daerah itu adalah lebih daripada tuntutan undang-undang dan sejarah abstrak semata-mata. [10] Beliau juga bertujuan sengaja membuat provokasi untuk bertempur pada dauphin, yang gagal untuk bertindak balas kepada cabaran peribadi Henry untuk bertempur di Harfleur.[11]

Medan pertempuran pada hari ini

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Agincourt http://www.azincourt-medieval.com/ http://www.familychronicle.com/agincort.htm http://www.familychronicle.com/fc-faq3.html http://www.merriam-webster.com/cgi-bin/audio.pl?gg... http://www.militaryhistoryonline.com http://www.militaryhistoryonline.com/hundredyearsw... http://www.nytimes.com/2009/10/25/world/europe/25a... http://www.nytimes.com/2009/10/25/world/europe/25a... http://archive.org/details/historyofbattleo00nico http://web.archive.org/web/20091027132428/http://g...