Pertempuran_Panipat_(1556)

Pertempuran Panipat Kedua berlaku pada 5 November 1556 antara pemimpin Hindu di utara India iaitu Hemu dan tentera Akbar. Hemu telah menakluk Delhi dan Agra beberapa minggu awal dengan menewaskan tentera Mughal yang dipimpin oleh Tardi Beg Khan dalam Pertempuran Delhi. Hemu mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Vikramaditya dalam majlis pertabalan di Purana Quila di Delhi. Akbar bersama pengawalnya Bairam Khan yang mendapat maklum tentang kejatuhan Agra dan Delhi berarak ke Panipat untuk mengambil alih semula kawasan-kawasan yang telah dirampas. Kedua-dua pihak ini bertembung di Panipat tidak jauh daripada medan pertarungan yang menyaksikan Pertempuran Panipat Pertama pada tahun 1526.