Phineas_Nigellus_Black
Phineas_Nigellus_Black

Phineas_Nigellus_Black

Phineas Nigellus Black (1847–1926), atau lebih dikenali sebagai Phineas Nigellus, merupakan wata rekaan dalam siri Harry Potter, dan merupakan moyang jauh kepada Sirius Black dan dikatakan sebagaik pengetua Hogwarts yang paling kurang popular (kemungkinan Dolores Umbridge telahpun merampas gelaran ini).Beliau mempunyai seorang adik lelaki, Sirius Black (yang mati ketika kecil), dan dua orang adik perempuan, Elladora Black (yang memulakan tradisi keluarga memancung kepala pari-pari rumah) dan Isla (Black) Hitchens (yang dibuang kerana mengahwini Bob Hitchens, berketurunan Muggle). Beliau mengahwini Ursula (Flint) Black, dan mempunyai lima orang anak: Sirius Black, Phineas Black (dibuang kerana menyokong hak Muggle), Cygnus Black, Belvina (Black) Burke, dan Arcturus Black. Bapa angkat Harry Potter iaitu Sirius Black merupakan keturunan Phineas Nigellus melalui dua daripada anak lelakinya, Sirius and Cygnus.Potret Phineas tergantung di pejabat pengetua. Tidak seperti potret pengetua yang lain, potret Phineas membantu pengetua yang sekarang walaupun kelihatan tidak berminat untuk melakukannya. Albus Dumbledore melayan potretnya seolah-olah Nigellus masih hidup.beliau tidak begitu baik dengan cucu cicitnya, orang muda atau sesiapa pun; namun beliau tetap bersedih dengan kematian Sirius, keturunan Black terakhir yang lelaki, sama ada disebabkan tamatnya dinasti Black atau emosi. Dia dan Ginny Weasley adalah antara orang yang secara terang-terangan mengkritik perangai Harry Potter yang sering terburu-buru dalam Kumpulan Phoenix.