Ringkasan Piala_Dunia_FIFA_1974

Kemuncak pusingan awal ialah tumbangnya Jerman Barat O-1 kepada tetangganya, Jerman Timur, dalam Kumpulan 1. Pada perlawanan yang berlangsung di Hamburg, 22 Jun tersebut, Juergen Sparwasser menjaringkan gol tunggal pada minit ke-77.

Tapi ada yang menyebut kekalahan itu sememangnya disengajakan oleh pasukan tuan rumah. Kerana dengan kekalahan itu, Jerman Barat terhindar dari bertemu dengan dua pasukan gergasi bolaseak iaitu Belanda dan Brazil pada pusingan kedua.

Pusingan Pertama

Format perlawanan berubah sejak 1970: 16 pasukan yang layak, dibahagikan kepada 4 kumpulan. Juara dan naib juara kumpulan layak untuk ke pusingan kedua, dimana mereka dibahagikan kepada du kumpulan. Juara akan layak ke pusingan akhir manakala naib juara akan pergi ke penentuan tempat ketiga/keempat.

Pertandingan yang diadakan dalam keadaan tegang, dan stadium utama mereka dikawal ketat oleh beberapa pengawal. Beberpa negara Eropah Timur layak, dimana mereka disingkirkan pada pusingan awal. Peminat dari negara Timur(Kawasan Blok Komunis) disembunyikan atas dasar masalah politik.

Carlos Caszely dari Chile menjadi pemain pertama dibuang padang kerana mendapat kad merah, semasa perlawanan mereka dengan Jerman Barat]. Kad merah diperkenalkan pada Piala Dunia 1970, tetapi tiada pemain dibuang padang semasa kejohanan tersebut.

Selain kejutan yang dilakukan oleh pasukan Belanda, piala dunia kali ini ibarat medan pertarunga ideologi. Hal ini dapat dilihat dalam kumpulan 1, dimana Jerman Barat dan Jerman Timur diletakan dalam satu pasukan. Masing-Masing menunjukan kemajuan dalam permainan mereka apabila berjaya menundukkan Australia dan Chile dalam perlawanan peringkat kumpulan. Perlawanan yang ditunggu-tunggu ialah pertembungan dua pasukan dari Jerman. Perlawanan yang penuh dengan berunsurkan politik pada seluruh kejohanan. Perlawanan itu dimenangi oleh pasukan Timur. Terima kasih kepada mendiang Jürgen Sparwasser yang berjaya menjaringkan satu gol, dan melayakan pasukan mereka mara ke pusingan kedua. Walaupun malu pada kekalahn tersebut, Jerman Barat berjaya bangkit dengan menang Piala Dunia.

Pusingan kedua

Pada pusingan kedua, Jerman Barat berada dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Poland, Sweden dan Yugoslavia. Mereka diperkuatkan dengan kehadiran Franz Beckenbauer selaku pemain , playmaker Gunter Netzer, dan penyerang Gerd Muller, tuan rumah seakan tidak mampu disekat oleh pasukan lain. Mereka berjaya menundukan Yugoslavia dengan jaringan 2-0 dan menumbangkan Sweden 4-2. Dalam perlawanan terakhir, Poland yang diperkuat Grzegorz Lato dikalahkan dengan jaringan 1-0.

Sementara itu, Kumpulan A digelar sebagai "kumpulan maut" mengandungi Belanda, Brazil, Jerman Timur dan Argentina. Persaingan sengit pun terjadi.

Belanda menjadi perhatian kerana menampilkan permainan Total Football. Sistem yang diperkenalkan jurulatih Rinus Michels itu dijalankan dengan sempurna oleh Johan Cruyff yang menjadi mesin utama pasukan Oranje. Setelah mengalahkan Uruguay 2-0, Swedia 0-0, dan Bulgaria 4-1 di pusingan pertama, semuanya menjadi mangsa permainan "Total Football".

Pasukan sehebat Argentina tidak mampu berbuat apa-apa dan kalah 4-0 di tangan Belanda. Cruyff menjaringkan dua gol dan dua gol lagi disumbangkan oleh Ruud Krol serta Jonny Rep. Pada pertandingan kedua, Belanda tak mengalami hambatan saat bertemu dengan Jerman Timur. Dua gol dari Johan Neeskens dan Rob Rensenbrink memberikan kemenangan 2-0 bagi Belanda.

Brazil dan Argentina bertemu dalam perlawanan jiran Amerika Selatan. Satu gol Argentina yang dijaringkan oleh Minguel Brindisi tidak mampu menghalang kemenangan Brazil menerusi jaringan Rivelino dan Jairzinho.

Dengan kedudukan terikat 4 mata, pertemuan Brazil-Belanda menjadi perlawanan penentu. Hasilnya, Cruyff tampil menawan dengan memberikan umpan bagi Johan Neeskens untuk menjaringkan gol pertama dan Cruyff sendiri menjaringkan gol kedua untuk memberikan kemenangan 2-0 sekaligus menghantar Belanda ke akhir.

Perlawanan Akhir

Sehari setelah Brasil ditundukkan Poland 1-0 dalam perebutan tempat ketiga, Belanda menghadapi Jerman Barat pada 7 Julai 1974 di Olympiastadion Muenchen untuk memastikan siapa yang terbaik.

Sekitar 75,200 penonton tuan rumah terkejut ketika Belanda didepan pada minit kedua, bahkan ketika itu tiada seorangpun pemain Jerman yang berjaya menyentuh bola. Cruyff berjaya menembusi barisan pertahanan Jerman hingga memaksa Uli Hoeness menjatuhkannya dalam kotak penalti.

Johan Neeskens mengambil sepakan penalti pertama di akhir Piala Dunia, menjadikan kedudukan berubah menjadi 1-0 berpihak kepada Belanda.

Jerman yang tersentak dengan jaringan tersebut lantas bangkit. Pada minit ke-25, Jerman menyamakan kedudukan, juga melalui sepakan penalti, setelah Wim Jensen menjatuhkan Bernd Holzenbein. Paul Breitner menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Jerman akhirnya menjadi juara untuk kedua kalinya setelah Gerd Muller menjaringkan gol kemenangan dua minit menjelang perlawanan tamat.

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_1974 http://www.fifa.com/mm/document/afdeveloping/techn... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mcwc/ip-... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/g... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=39/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=39/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=39/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=39/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=39/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=39/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=39/re...