Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2008

George W. Bush
RepublikanBarack Obama
DemokratPilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008 telah berlangsung pada 4 November 2008, dan merupakan pilihan raya empat tahun kali ke-55 berturut-turut bagi memilih presiden dan naib presiden Amerika Syarikat. Jadual pilihan raya presiden bertembung dengan jadual pilihan raya Senat 2008, pilihan raya Dewan Perwakilan, dan pilihan raya gabenor, begitu juga dengan pilihan raya-pilihan raya negeri dan juga tempatan.Parti Republikan sudah memilih John McCain, Senator Amerika Syarikat senior dari Arizona sebagai calonnya; Parti Demokrat sudah memilih Barack Obama, Senator Amerika Syarikat dari Illinois, sebagai calonnya. Parti Libertarian sudah mencalonkan Ahli Kongres Bob Barr, Parti Perlembagaan sudah mencalonkan pastor dan juru hebah radio Chuck Baldwin, dan Parti Hijau sudah mencalonkan bekas Ahli Kongres Cynthia McKinney. Ralph Nader menolak untuk memohan pencalonan Green Party dan sekarang bertindak sebagai calon bebas.Barack Obama memenangi jumlah pengundi yang diperlukan untuk dilantik sebagai Presiden. Dia akan dilantik selepas penggal George W. Bush tamat, iaitu pada 20 Januari 2009.[1]Pilihan raya 2008 penting kerana ia merupakan pertama kali di dalam sejarah A.S. bahawa senator-senator akan menentang satu sama lain sebagai presiden, dan kerana ia merupakan pertama kali seorang Afro-Amerika menjadi calon presiden bagi parti utama, sama juga pertama kali kedua-dua calon telah dilahirkan di tanah besar Amerika Syarikat — Hawaii bagi Obama dan Zon Terusan Panama bagi McCain. Semenjak calon Republikan ialah seorang wanitaHeaternor Sarah Palin, pemenang peristiwa penting ini adalah bersejarah, kerana tiada salah satu daripada Afro-Amerika atau wanita berjaya menduduki jawatan berkenaan. Tambahan pula, calon presiden Republikan, John McCain, akan menjadi presiden penggal pertama yang tertua dan calon Demokrat bagi naib presiden, Senator Joseph Biden, akan menjadi naib presiden petama beragama Roman Katolik.Pilihan raya ini akan bertembung dengan pilihan raya senat 2008 dalam tiga puluh tiga buah negeri, pilihan raya Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam semua negeri, dan pilihan raya Gabenor dalam sebelas negeri, juga referendum pelbagai negeri dan pilihan raya tempatan. Sama seperti pilihan raya presiden 2004, peruntukan undi elektoral berdasarkan banci tahun 2000. Presiden terpilih dan naib presiden terpilih akan mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009.

Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2008

Parti Demokrat
Peratusan 52.9%
PartiUndian popularPeratusan
 
PartiDemokratRepublikan
Undian popular69,498,516
Undi elektoral; 365
59,948,323
Undi elektoral; 173
Peratusan52.9%45.7%
Undian popular 69,498,516
Undi elektoral; 365