Pilihan_raya_kecil_Semenyih_2019

Bakhtiar bin Mohd Nor
Pakatan Harapan-PPBMZakaria Haji Hanafi
Barisan Nasional-UMNOPilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih 2019 merupakan pilihan raya kecil yang keenam selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari 2019.[1] Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 2 Mac 2019. Kerusi itu menjadi kosong selepas kematian anggota Dewan Undangan Negeri, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari 2019 akibat serangan jantung.[2] Bakhtiar ialah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah gabungan Pakatan Harapan (PH).Hari pencalonan pada 16 Februari 2019, dengan tempoh berkempen selama 2 minggu sehingga hari pilihan raya pada 2 Mac 2019 dan 26 Februari 2019 untuk pengundian awal. Pilihan raya kecil itu menggunakan senarai pemilih suku tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari 2019, yang mana kawasan itu mempunyai 53,411 pengundi yang layak terdiri daripada 53,520 pengundi biasa dan 109 orang yang tidak hadir.[1][3]Zakaria Hanafi dari Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil itu. Inilah kali pertama kerusi bertukar kepada pihak lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.[4]

Pilihan_raya_kecil_Semenyih_2019

Parti Bebas
Calon Kuan Chee Heng
CalonPartiUndian popularCalonPartiUndian popular
 
CalonZakaria Haji HanafiMuhammad Aiman ZainaliNik Aziz Afiq Abdul
PartiBN-UMNOPH-PPBMPSM
Undian popular19,78017,866847

 
CalonKuan Chee Heng
PartiBebas
Undian popular725
Undian popular 725