Penerangan Pisang_masakan

Dari kiri ke kanan: punti, pisang merah, pisang rastali, dan pisang Cavendish.
Pisang Saba – Musa 'Saba' (Kumpulan ABB)

Punti mengandungi lebih banyak kanji dan kurang gula berbanding pisang pembasuh mulut, jadi ia selalu dimasak atau setidaknya diproses sebelum dimakan. Ia selalunya direbus atau dibakar ketika dimakan muda, dan boleh dijadikan tepung selepas diproses dan diubah menjadi produk bakar seperti kek, roti dan lempeng. Punti muda turut sesuai direbus dan dipatikan lalu dijadikan pemekat dalam kuah.[8] Isi punti muda selalunya keras dengan kulit yang sangat kejap dan harus dipotong dengan pisau untuk dibuang.[9]

Punti kuning yang matang boleh dikupas seperti pisang pembasuh mulut lain; isinya lebih lembut berbanding buah mudanya yang belum matang dan beberapa kanjinya terubahsuai menjadi gula. Ia boleh dimakan mentah namun tidak seharum pisang pembasuh mulut, jadi ia sering dimasak. Ketika digoreng, punti kuning akan terhangus lalu berubah warna perang keemasan. Ia turut sesuai digoreng, dibakar, ditaruh ketuhar atau dipanggang dengan arang, sama ada dikupas atau tidak.[10]

Punti ialah makanan ruji di kawasan tropika dunia, berkedudukan sebagai yang kesepuluh paling penting di dunia. Sebagai makanan ruji, punti diolah dengan cara yang hampir sama dengan kentang, dan dengan tekstur dan perisa neutral yang sama ketika mana buah mudanya dikukus, direbus atau digoreng.[10]

Memandangkan ia berbuah sepanjang tahun, punti menjadi makanan ruji simpanan sepanjang musim, lagi-lagi di negara-negara membangun dengan teknologi bekalan makanan, pengawetan dan pengangkutan yang tidak mencukupi. Di Afrika, punti menyediakan lebih 20 peratus daripada keperluan kalori untuk lebih 70 juta orang.[11] Perladangan punti mudah dimusnahkan oleh taufan lantaran pokok pisang tidak dapat bertahan daripada angin kencang dengan baik.[12]

Punti sederhana mengeluarkan sekitar 920 kilojoule (220 kilocalorie) tenaga makanan dan menjadi sumber potasium dan serabut diet yang baik.[13] Getah daripada kulitnya, sesuai yang ada pada kesemua tumbuhannya boleh mengotorkan pakaian dan tangan, dan agak sukar untuk ditanggalkan.[14]

Rujukan

WikiPedia: Pisang_masakan http://www.biovisioneastafrica.com/publications/BI... http://www.chiquitabananas.com/Banana-Information/... http://ndb.nal.usda.gov/ndb/search/list http://lipi.go.id/publikasi/diversity-and-characte... http://www.agroforestry.net/tti/Banana-plantain-ov... //www.worldcat.org/oclc/905969818 https://www.britannica.com/plant/plantain https://www.elnuevodia.com/ciencia/ciencia/nota/la... https://emborahome.com/can-you-eat-raw-plantains/ https://harvesttotable.com/plantains_have_a_mild_s...