Akhbar Polemik_kedudukan_bahasa_Melayu_di_Malaysia

Memang diakui kewujudan akhbar-akhbar Melayu sebelum merdeka turut menyemarakkan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penyaluran maklumat yang berkesan. Walau bagaimanapun, kini telah munculnya pelbagai akhbar berbahasa Melayu seperti akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian dan lain-lain lagi. Namun ia kurang mendapat sambutan daripada ahli korporat untuk mengiklankan jawatan professional dan peluang pekerjaan serta iklan-iklan perniagaan walaupun pembaca akhbar-akhbar tersebut adalah paling ramai.[6] Berbeza dengan akhbar bahasa asing seperti The Star, New Straits Times, The Sun dan Nanyang Siang Pau, ia dilihat walaupun jumlah pembaca tidak seramai pembaca bagi akhbar berbahasa Melayu tetapi pengiklanan jawatan professional dan peluang pekerjaan serta iklan-iklan perniagaan dilihat lebih banyak dan jauh melimpah ruah berbanding akhbar berbahasa Melayu.[7]

Menurut Timbalan Pengarah ATMA, Prof Dr Teo Kok Seong kesal dengan keadaan polemik kedudukan istimewa bahasa Melayu, yang mana terdapat pergolakan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang amat jelas dan tidak adil terhadap negara tersebut. Ada kelompok yang memperjuangkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik dan pandangan mereka itu diberi ruang dalam akhbar tempatan yang tertentu hingga ada pula suara yang berpendapat bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa penyatuan untuk negara ini.

Sikap pengagungan bahasa Inggeris turut merendahkan martabat penggunaan bahasa Melayu. Wujudnya 'trend' penggunaan bahasa yang seolah-olah berasaskan 'stratifikasi sosial' yang mana bahasa Melayu dianggap hanya seolah-olah digunakan oleh kelompok berpendidikan rendah dan rakyat biasa, manakala kelompok atasan, elit, profesional, komuniti korporat dan mereka yang berpendidikan tinggi dari luar negara lebih mesra menggunakan bahasa Inggeris.

Prof Teo turut mendakwa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dilindungi oleh perlembagaan. Kumpulan yang ingin memperjuangkan bahasa Inggeris ini sebagai bahasa yang sesuai dan menjadi pilihan gagal membuktikan dakwaan mereka dengan kajian yang telah terbukti.

Beliau berkata bahasa Inggeris bukan lagi dianggap sebagai hanya satu bahasa sahaja tetapi kini ia ialah satu komoditi yang menguntungkan. Pulangan yang lumayan dapat diperoleh dalam industri pengajaran bahasa Inggeris.[8]

Rujukan

WikiPedia: Polemik_kedudukan_bahasa_Melayu_di_Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://ipohmalay.blogspot.com/2009/08/semakin-rama... http://www.selangordaily.com/?p=931 http://hartalmsm.wordpress.com/2010/09/12/balik-ch... http://www.youtube.com/watch?v=JKX6hPMbEIo http://www.youtube.com/watch?v=qI27Vbe1gVk&feature... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Martaba... http://www.mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt...