Portal:Agama

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut: Islam (bantuan·maklumat) (bahasa Arab: الإسلام al- islām) ialah agama yang kedua terbesar di dunia. Perkataan 'Islam' berasal daripada perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud "tunduk, dan patuh", serta "selamat, sejahtera, dan damai". Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam.Pengikut-pengikut Islam, dikenali sebagai orang Muslim (daripada perkataan Arab, muslimeen, yang bermaksud "seseorang yang telah berserah kepada Allah") mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. (k.k. 570632) diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu, dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Orang Muslim mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir. Ajarannya kepada manusia akan berlanjutan sehingga Qiyamah.Dalam Islam terdapat dua kumpulan fahaman utama, iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah, dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan MukminTaijitu (bahasa Cina: 太極圖; pinyin: Taìjí tú; bermaksud "gambar rajah keagungan tertinggi"), sering dipanggil yin-yang, merupakan satu simbol kebudayaan Cina yang melambangkan konsep yin dan yang dalam falsafah Taoisme dan Konfusianisme.Portal:Agama/Tahukah andaJesus (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai Jesus Christ, dengan "Christ" merupakan gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumaskan Minyak" (bahasa Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: יהושע Yĕhošūa'). Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah Gospel hukum gereja dalam Wasiat Baru: Matthew, Mark, Luke, dan John. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa Jesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh John si Baptis, dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom Pontius Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. Namun, sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah Jesus. Transliterasi: Ekam Sat Viprāha Bahudhā Vadanti
bahasa Melayu: Kebenaran adalah satu, namun pendita itu mengenalinya sebagai jamak.Persidangan Keamanan Antarabangsa (International Summit for Peace) di Naples, Itali telah dihadiri oleh 300 pemimpin agama Katolik, Protestan, Ortodoks, Islam, Yahudi, Buddha dan Hindu. Hadirin sidang tersebut, termasuk Paus Benedict XVI, Imam Ibrahim Ezzedin dari Emiriah Arab Bersatu dan Ketua Rabbi Israel, Yona Metzger telah mengeluarkan satu deklarasi bersama iaitu "... sesiapa yang menggunakan nama Tuhan untuk membenci orang lain, melakukan keganasan, mengadakan peperangan adalah mengufur nama Tuhan ..." Sumber: Middle East Online 24 Okt 2007 Portal:Agama/Topik AgamaPortal:Agama/Perkara yang anda boleh lakukanPortal:Agama/ProjekWikiImej: imej tidak sah atau tidak wujud