Perbadanan Pos Kanada (
Perancis: Société canadienne des postes;
Inggeris: Canada Post Corporation), didagangkan sebagai
Pos Kanada (Perancis: Postes Canada; Inggeris: Canada Post) ialah
perbadanan mahkota yang berfungsi sebagai badan pengendalian pos utama di
Kanada. Asalnya dikenali sebagai
Mel Diraja Kanada, penjenamaan semula dilakukan dengan nama "Pos Kanada" pada akhir tahun 1960-an, walaupun badan tersebut belum dipisahkan daripada kerajaan. Pada 16 Oktober 1981, Akta Perbadanan Pos Kanada berkuat kuasa, dan ini menghapuskan Jabatan Pejabat Pos dan mengadakan perbadanan mahkota seperti sekarang yang menyediakan perkhidmatan pos.
[5] Akta itu bertujuan untuk menetapkan arah tuju baru bagi perkhidmatan pos dengan memastikan keselamatan dan kebebasan kewangan perkhidmatan tersebut.
[6]Pos Kanada memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 16 juta alamat dan mengirim hampir 8.4 bilion barangan pada 2016 dan hasil gabungan daripada operasi mencecah $7.88 bilion.
[4] Penghantaran dilakukan melalui perkhidmatan tradisional "ke pintu" dan penghantaran berpusat oleh 25 ribu penghantar surat melalui 13 ribu armada kenderaan. Terdapat lebih daripada 6,200 pejabat pos di seluruh negara, yang menggabungkan pejabat korporat dan francais swasta yang dikendalikan oleh pihak peruncit seperti kedai ubat. Dari segi kawasan, Pos Kanada memberikan perkhidmatan yang lebih meluas berbanding perkhidmatan serupa di negara lain, termasuklah
Rusia (di mana perkhidmatan di
Siberia terhad kepada masyarakat di sepanjang landasan kereta api). Sehingga tahun 2004, hampir 843 ribu pelanggan Kanada di luar bandar menerima perkhidmatan penghantaran surat kediaman.
[7]