Press_TV

Press TV merupakan sebuah rangkaian berita global Bahasa Inggeris 24-jam yang dimiliki oleh kerajaan Iran.[4] Ibu pejabatnya terletak di Tehran, Iran, dengan biro di Beirut (Lubnan),[5] Damsyik (Syria),[petikan diperlukan] London (UK), Seoul (Korea Selatan)[6] dan Washington DC (AS).[7]Press TV membawakan berita, analisis pertunjukan perbincangan, dokumentari dan berita sukan di seluruh dunia dengan tumpuan khas pada Asia Barat, Asia Tengah, dan Timur Tengah. Press TV boleh didapati di kebanyakan tempat di dunia melalui 13 satelit,[8] serta kabel[9] dan Internet. Ia adalah percuma untuk hampir semua penonton, walaupun beberapa syarikat kabel memasukanya kedalam platform mereka. Video secara langsung, audio, dan FLV media streaming juga boleh didapati di laman webnya.Mohammad Sarafraz (CEO Press TV) bekata dalam sidang akhbar Jun 2007 bahawa, "Sejak 11 September, sikap bias barat telah membahagikan media kepada dua kem: orang-orang yang memihak kepada polisi mereka membentuk satu kumpulan dan media lain dilampirkan dalam kumpulan radikal Islam seperti Al-Qaeda. Kami mahu menunjukkan bahawa terdapat pandangan yang berbeza. Iran, dan syiah khususnya, telah menjadi titik tumpuan propaganda dunia. Dari sudut pandangan media, kami cuba untuk memberikan mata kedua kepada penonton Barat."[10]Visi rasmi rangkaian terbabit adalah "untuk mendengar suara dan pandangan rakyat dunia; membina jambatan pemahaman budaya; menggalakkan manusia yang berlainan bangsa, kaum dan kepercayaan untuk mengenal pasti antara satu sama lain; membawa cahaya kepada kisah-kisah individu yang tak diceritakan dan terlepas pandang yang telah mengalami pembahagian politik dan budaya sendiri."[11]Sarafraz menjelaskan bahawa "pengalaman kami memberitahu kami bahawa refleksi bergambar berita dan penggunaan imej lebih berkesan daripada perbincangan dan analisis."[12]

Press_TV

Sky Channel 515
Bahasa Bahasa Inggeris, Bahasa Parsi[3]
Eutelsat W2AEropah 11152 / 2892 / 5/6 H
Dimiliki oleh Penyiaran Republik Islam Iran[1][2]
Intelsat 10Afrika & Europe 12562 / 26657 / 1/2 H
Astra 1HEropah 12460 / 27500 / 3/4 H
Atlantic Bird 4ATimur Tengah 10757/ 27500 / 3/4 V
AsiaSat 3S South Asia 12352 / 30000 / 3/4 V
Laman sesawang presstv.com and presstv.ir
Hot Bird 8Eropah 12437 / 27500 / 3/4 H & 12015 / 27500 / 3/4 H
Badr 4Timur Tengah 12054 / 27500 3/4 V
Hispasat 1CAmerika Latin 12172 / 27500 / 3/4 H
Video On Demand VOD
(free Windows Media stream)
Badr 5Asia Tengah 12303 / 27500 / 3/4 H
Siaran web langsung Free (Flash)
Dilancarkan Julai 2, 2007
Eutelsat W4Rusia 12284 / 27500 / 3/4 H
NSS-12Afrika timur 11604 / 45000 / 3/4 H
Ibu pejabat Tehran, Iran
YouTube channel PressTVGlobalNews
Kawasan siaran Seluruh dunia
AsiaSat 5Asia 3660 / 27500 / 3/4 V
Galaxy 19Amerika Latin 12053 / 22000 / 3/4 V
Eurobird 1Eropah 11222 / 27500 / 2/3 H
Arabsat 5ATimur Tengah 10761 / 2050 / Auto H
Intelsat 902Timur Tengah 11555 / 27500 / 3/4 V
Negara  Iran
Livestation Free, 502 Kbit/s
Optus D2Pacific Rim 12706 / 22500 / 3/4 V

Rujukan

WikiPedia: Press_TV http://www.abc.net.au/news/stories/2009/12/08/2765... http://www.foreignpolicyjournal.com/2009/10/21/why... http://www.globalpost.com/dispatch/middle-east/091... http://www.iranfocus.com/en/special-wire/iran-poli... http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?cid=11824096... http://latimesblogs.latimes.com/babylonbeyond/2008... http://www.livestation.com/channels/52-press_tv_en... http://www.mehrnews.com/fa/NewsDetail.aspx?NewsID=... http://www.nytimes.com/2007/07/03/world/asia/03iht... http://www.nytimes.com/2011/10/14/world/middleeast...