Puteri_Muslimah_Asia

Puteri Muslimah Asia, atau juga dikenali sebagai Miss Universe Muslimah Asia, adalah pertandingan kecantikan wanita muslim pertama di Asia yang diselenggarakan oleh Princess of Muslimah Asia Foundation. Tidak hanya mengumpul finalis dari Indonesia, tetapi acara ini juga berkembang menjadi skala yang lebih besar dan turut disertai oleh wanita Islam dari negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Turki. Setiap negara menghantar 3 wakil, dengan jumlah 18 peserta yang berjuang untuk gelaran Puteri Muslimah Asia 2018. Namun untuk gelar Puteri Muslimah Asia 2020 dan seterusnya tidak hanya terdapat 6 negara tetapi menambah 9 negara yaitu Thailand , Filipina, Cina, India, Pakistan, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan dan Tajikistan ke 15 negara dan mempunyai 5 pasukan iaitu pasukan Asia Tenggara terdapat 7 negara, pasukan Asia Timur hanya terdapat 1 negara, pasukan Asia Selatan terdapat 2 negara, pasukan Asia Barat terdapat 3 negara dan pasukan Asia Tengah memiliki 2 negara, yang berarti total 39 peserta. Mengikut kriteria untuk memenangi acara ini, iaitu Faith, Talented, Beauty, Think Globally (Iman), Talented (Berbakat), Beauty (Kecantikan), Think Globally (Pikirkan Secara Global). Pemegang gelaran pada 2018 adalah Uyaina Arshad dari Malaysia.[1]