Biografi Putri_Andreanna_Syigim_Mohd_Razalli

Anak bongsu dua beradik ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Ketika Anne masih menuntut, dia sudah pun terjun ke dunia penyiaran apabila menjadi pengacara rancangan kanak-kanak, Hugo di ntv7 selama satu setengah tahun dan ketika itu Ann berusia 19 tahun. Namun, Anne terpaksa meninggalkkan program rancangan Hugo demi untuk menfokuskan pada pelajaran ketika menuntut.

Seterusnya dia mendalami dunia penyiaran apabila berhijrah ke Astro sebagai penulis skrip Salaam Bollywood selama lima bulan. Ketika itu pengacaranya ialah Sharifah Amani. Tidak lama selepas itu Ann menimba pengalaman di TV9 pula sebagai penolong penerbit rancangan Kompas dan Seputar Malaysia selama enam bulan.

Selepas berjinak-jinak dengan dunia penyiaran, Ann melebarkan sayapnya ke konti radio apabila bergelar penyampai radio di Red FM 104.9 mengendalikan segmen Red X-press. Ketika itu teman seperjuangannya ialah pelakon remaja, Raja Farah dan bintang Akademi Fantasia 2 (AF2) , Anding.

Anne menghadiri uji bakat untuk radio Hot FM pada tahun 2006 ibarat langkah kanan apabila dia diserapkan sebagai penyampai radio. Anne berkeudara bersama seorang lagi penyampai, Ikhwan setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 malam hingga 12 malam dalam segmen Hot FM Zon. Manakala pada hari SABTU 10 pagi - 12 tengah-hari, Anne bersama Zura untuk segmen Hot FM yangkeren.

Anne kini semakin menguasai bidang pengacaraan pula, Anne merupakan hos bersama Ahmad Faizal Mohd Tahir OIAM dalam rancangan realiti terbaru, Gang Starz yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 sebuah rangkaian Media Prima pada setiap hari AHAD Jam 9.00 Malam.

Gang Starz merupakan sebuah rancangan baru yang berkonsepkan realiti TV yang mencari bakat berkumpulan dalam bidang nyanyian. Namun bagi musim kedua, posisi Anne telah digantikan oleh Farah Fauzana. Selepas itu Anne menjadi pengacara bagi sebuah lagi rancangan realiti televisyen iaitu My Starz LG bergandingan dengan Naz. Selepas itu Anne menjadi pengacara bersama Khairul Ikhwan untuk rancangan HotFM Hot 30 yang pernah disiarkan di TV9 setiap AHAD Jam 1 tengah-hari pada tahun 2008.

Anne meninggalkan Hot FM pada 20 Ogos 2010 dan menetap di Doha, Qatar.[1]