Qatar
Qatar

Qatar

Qatar (/ˈkætɑːr/,[9] /ˈkɑːtɑːr/ ( dengar), /ˈkɑːtər/ or /kəˈtɑːr/ ( dengar);[10] Bahasa Arab: قطر‎ Qatar [ˈqɑtˤɑr]; sebutan dalam bahasa tempatan: [ˈɡɪtˤɑr]),[11][12] rasminya adalah Negara Qatar (Bahasa Arab: دولة قطر‎ Dawlat Qatar), adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di Asia Barat, menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur laut Semenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya adalah dengan Arab Saudi di selatan manakala sempadan selebihnya dikelilingi oleh Teluk Parsi; yang mana memisahkan Qatar dengan negara pulau yang berjiran iaitu Bahrain. Selepas pemerintahan Uthmaniyyah, Qatar menjadi sebuah jajahan naungan Britain pada awal kurun ke-20 sehingga ia mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Qatar telah diperintah oleh Kerabat Thani sejak awal kurun ke-19. Sheikh Jassim bin Mohammed Al Thani merupakan pengasas Negara Qatar. Qatar adalah sebuah negara monarki warisan dan ketua negaranya adalah Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Sama ada Qatar dianggap sebagai sebuah monarki berperlembagaan[13][14] atau monarki mutlak[15][16][17][18] hanya satu perbezaan pendapat. Pada tahun 2003, perlembagaan telah diluluskan dalam satu pungutan suara, dengan hampir 98% bersetuju.[19][20] Pada awal tahun2017, jumlah penduduk Qatar adalah 2.6 juta: 313,000 orang adalah warganegara Qatar dan 2.3 juta orang ekspatriat.[21]Qatar adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi, disokong oleh simpanan gas asli dan minyak ketiga terbesar di dunia .[22] Negara ini merupakan negara pendapatan per kapita tertinggi di dunia. Qatar dikelaskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai sebuah negara dengan pembangunan manusia tertinggi dan merupakan negara Arab paling maju dalam pembangunan manusia.[23] Qatar adalah sebuah kuasa penting di Dunia Arab, menyokong beberapa kumpula pejuang semasa Rusuhan Arab dari segi kewangan dan melalui kumpulan media yang berkembang di peringkat global, Al Jazeera Media Network.[24][25][26] Berdasarkan saiznya, Qatar membawa pengaruh besar di dunia, dan telah dikenalpasti sebagai sebuah kuasa pertengahan.[27][28] Qatar akan menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022, menjadi negara Arab pertama yang melakukannya.[29]Pada 5 Jun 2017, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar, dengan menuduhnya membiayai keganasan dan mencampuri hubungan dalaman negara-negara yang berjiran dengannya yang mana menyebabkan krisis diplomatik Qatar 2017.

Qatar

• Bancian 2010 1,699,435[3] (ke-148)
Zon masa UTC+3 (AST)
Pemerintahan Monarki Berperlembagaan Kesatuan
Perundangan Dewan Perundingan
Kumpulan etnik (2010[1])
• Kepadatan 176/km2 (455.8/sq mi) (ke-76)
Bahasa rasmi Arab
Gini (2007) 41.1[6]
rendah
Bahasa-bahasa yang diakui Inggeris
KDNK (PPP) Anggaran 2017 
Mata wang Riyal (QAR)
Demonim Qatar
• Perdana Menteri Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al Thani
Ibu kota Doha
25°18′N 51°31′E / 25.300°N 51.517°E / 25.300; 51.517
• Hari Kebangsaan Qatar 18 Disember 1878
• Emir Tamim bin Hamad Al Thani
Bandar terbesar Ibu negara
Agama Islam
• Per kapita $68,940[5] (ke-4)
• Kemerdekaan daripada United Kingdom
3 September 1971
Bahagian memandu kanan[8]
• Anggaran 2016 2,675,522[a][2] (ke-142)
Kod panggilan +974
• Total $353.143 bilion[4] (ke-49)
• Kemerdekaan diistiharkan
1 September 1971
• Timbalan Emir Abdullah bin Hamad bin Khalifa Al Thani
HDI (2014) ▲ 0.850[7]
sangat tinggi · ke-32
KDNK (nominal) Anggaran 2015 
• Air (%) 0.8
• Jumlah $185.395 bilion[4]
Internet TLD

Rujukan

WikiPedia: Qatar http://www.canadainternational.gc.ca/qatar/bilater... http://dohanews.co/un-ranks-qatar-highest-among-ar... http://www.aljazeera.com/sport/2010/04/20104241840... http://referenceworks.brillonline.com/entries/ency... http://priyadsouza.com/population-of-qatar-by-nati... http://publicdiplomacymagazine.com/middle-powers-s... http://www.washingtonpost.com/posttv/politics/how-... http://us.worldweatheronline.com/doha-weather-aver... http://www.speech.cs.cmu.edu/cgi-bin/cmudict?stres... http://www18.georgetown.edu/data/people/mk556/publ...