Qilin
Qilin

Qilin

Qilin (Bahasa Cina: 麒麟 atau 騏驎; pinyin: qílínWade-Giles: ch'i-lin) ialah seekor makhluk mitos bertelapuk yang sangat dikenali dalam kebudayaan Asia Timur. Adalah dipercayai bahawa kemunculannya adalah petanda datangnya seorang pendeta atau pemerintah yang mulia.[1] Ia merupakan petanda bertuah yang mendatangkan rui (Bahasa Cina: 瑞; pinyin: ruì; lebih kurang bermaksud "ketenangan" atau "kemakmuran"). Ia selalu dilukis dengan corak seakan api di seluruh badannya.