Radom (
bahasa Inggeris:’’’Radome’’’) adalah satu perkataan terbitan daripada perkataan
radar dan
dome (
bahasa Melayu:
kubah) atau dari segi istilahnya
"Kubah radar". Radom merupakan satu struktur, kurungan kalis cuaca yang melindungi gelombang mikro atau
antena radar. Radom dibina daripada bahan-bahan kurang kekuatan terhadap
isyarat elektromagnetik yang dihantar atau diterima oleh antena. Dengan kata lain, radom bersifat
lutsinar terhadap radar atau gelombang
radio. Radom melindungi permukaan antena daripada alam sekitar (seperti
angin,
hujan,
ais,
pasir, sinar
ultra ungu, dsb.) dan/atau menyembunyikan peralatan elektronik antena daripada penglihatan orang ramai. Ia juga melindungi orang yang berdekatan daripada dihentam oleh antena yang sedang berputar dengan laju.Radom boleh dibina dalam beberapa bentuk (sfera,
geodesi, satah, dsb.) bergantung pada kegunaan dengan menggunakan pelbagai bahan-bahan binaan (gentian kaca, fabrik diselaputi
PTFE dsb). Apabila digunakan pada
UAV atau
pesawat udara lain
[1], sebagai tambahan perlindungan ini, radom juga menumpukan sistem antena, oleh itu mengurangkan
seretan.