Ensiklopedia dalam talian | Malay Wiki
Keputusan tidak dijumpai
Laman_Utama
Rangkaian_Lebuhraya_Singapura
Laman_Utama
Rangkaian_Lebuhraya_Singapura
Rangkaian Lebuhraya Singapura
membolehkan pemandu bergerak dengan pantas dari satu-satu kawasan perbandaran di
Singapura
. Kesemua
lebuh raya
di Singapura adalah dari jenis
jalan raya kembar
dengan capaian pengasingan aras melalui
persimpangan bertingkat
. Setiap lebuh raya di Singapura mempunyai 6 lorong (3 bagi setiap arah perjalanan) tetapi ada juga yang mempunyai 8 lorong untuk menampung kadar aliran trafik yang tinggi.Di Singapura, rangkaian lebuh raya dikategorikan kepada dua iaitu
lebuh raya ekspres
dan
lebuh raya separa ekspres
. Terdapat 11 lebuh raya ekspres termasuklah
Lebuhraya Kallang-Paya Lebar
yang separa siap,
Lebuhraya Pantai Marina
yang bakal dibina pada tahun 2008 serta
Lebuhraya Utara-Selatan
yang mula diluluskan pembinaannya pada tahun 2008. Lebuh raya ekspres pertama di Singapura ialah
Lebuhraya Seluruh Pulau
yang dibina pada tahun 1966. Kesemua lebuh raya di Singapura dibina, dikendalikan dan diselenggarakan oleh
Lembaga Pengangkutan Darat Singapura
.
Had laju
utama bagi lebuh raya ekspres adalah 90 km/j, tetapi terdapat beberapa tempat yang masih lagi mengguna pakai had laju lama 80 km/j berikutan kadar trafik yang tinggi.Lebuh raya separa ekspres pula adalah lebuh raya yang tidak mempunyai had laju yang seragam dan ada bahagian yang masih menggunakan
simpang
lampu isyarat
. Terdapat 3 lebuh raya separa ekspres di Singapura iaitu
Lebuhraya Nicoll
,
Lebuhraya Pantai Barat
dan
Sistem Jalan Lingkaran Luar Singapura
.Rangkaian lebuh raya Singapura dihubungkan dengan
rangkaian lebuh raya Malaysia
melalui
Laluan Kedua Malaysia-Singapura
(berhubung dengan
Lebuhraya Ayer Rajah
) dan
Tambak Johor
(menghubungkan
Lebuhraya Skudai
dengan
Lebuhraya Bukit Timah
. Lebuhraya Bukit Timah adalah sebahagian daripada
Rangkaian Lebuh Raya Asia
laluan
AH 2
.
Menu
Rangkaian_Lebuhraya_Singapura
Lihat juga
Senarai lebuhraya di Singapura
Berkaitan
Rujukan
WikiPedia: Rangkaian_Lebuhraya_Singapura
×