Sejarah Republik_Serbia_(1990–2006)

Persekutuan

Slobodan Milošević, Presiden Serbia bermula pada 1989 sehingga 1997, Presiden Yugoslavia, 1997-2000.Zoran Đinđić, Perdana Menteri Serbia bermula pada 2001 sehingga 2003.
Sebahagian daripada satu siri tentang
Sejarah Serbia
Duklja (Zeta) kurun ke-11–12
Theme of Sirmium 1018–1071
Prinsipaliti Raya 1071–1217
Kerajaan Beraja Serbia 1217–1346
Kerajaan Raja Dragutin 1282–1325
Empayar · Kejatuhan 1346–1371
Serbia Putera Lazar 1371–1402
Despotate Serbia 1402–1537
Revolusi 1804–1815
Prinsipaliti Serbia 1815–1882
Vojvodina Serbia 1848–1849
Serbia dan Banat 1849–1860
Kerajaan Beraja Serbia 1882–1918
 
Portal Serbia

Politik Serbia dalam Republik Persekutuan Yugoslavia untuk menyokong kepentingan etnik Serbia di Bosnia dan Herzegovina dan Croatia yang mana penduduk Serb ingin kekal dalam Yugoslavia. Sejak tahun 1989, Serbia diketuai oleh Slobodan Milošević, seorang bekas komunis yang berjanji untuk mempertahankan dan mempromosi kepentingan Serb di Yugoslavia. Pada tahun 1992, beliau dan Presiden Montenegro, Momir Bulatović mengasaskan Republik Persekutuan Yugoslavia. Kebanyakan pengkritik di pentas antarabangsa melihat Serbia sebagai sebuah unit dominan dalam republik ini, yang mana Presiden Serbia Milošević kelihatan memiliki pengaruh yang lebih tinggi dalam politik persekutuan berbanding Presiden Yugoslavia (presiden persekutuan pertama, Dobrica Ćosić yang dipaksa meletakan jawatan kerana menentang Milošević). Kerajaan Milosevic tidak membuat tuntutan rasmi ke atas wilayah Republik Macedonia. Pihak-pihak lain mendakwa bahawa Milosevic membuat tuntutan sebelah pihak berkenaan keinginan etnik Serb untuk kekal di dalam Yugoslavia.

Semasa Perang Yugoslavia di Croatia dan Bosnia & Herzegovina, Milošević telah menyokong puak pemisah Serb yang ingin memisahkan diri daripada negara-negara yang baru ditubuhkan ini. Sokongan ini merebak kepada tokoh-tokoh kontroversi seperti pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić, dan beberapa tuduhan oleh tokoh-tokoh antarabangsa mendakwa Milošević bertanggungjawab pada pemisah-pemisah Serb semasa perang dan meluluskan keganasan perang untuk terjadi.

Pada tahun 1995, Milošević mewakili Serb Bosnia semasa majlis menandatangani Persetujuan Damai Dayton. Milošević meneruskan tugas sebagai Presiden Serbia sehingga tahun 1997 apabila beliau bersara sebagai Presiden Serbia dan menjadi Presiden Yugoslavia. Milan Milutinović mengambil alih sebagai Presiden Serbia daripada Milošević pada tahun tersebut.

Bermula pada tahun 1996 sehingga tahun 1999, ketidakstabilan politik yang meletus di wilayah yang didiami oleh penduduk berketurunan Albania di Kosovo. Ia kemudian merebak menjadi Perang Kosovo dan pada tahun 1999, Serbia dan Montenegro telah dibom oleh pesawat NATO termasuk ibu negeri Serbia dan persekutuan di Belgrade. Akibatnya, Belgrade bersetuju untuk melepaskan kawalan di wilayah Kosovo kepada sebuah mandat autonomi Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Perang Yugoslavia mengakibatkan kejatuhan ekonomi di Serbia[petikan diperlukan] dan kemarahan akan presiden persekutuan, Milošević. Perang dan kejadian selepasnya melihat kebangkitan parti-parti ultra nasionalis Serbia seperti Parti Radikal Serbia yang diketuai oleh Vojislav Šešelj, yang mana mempromosikan idea etnik Serbs untuk hidup dalam negara tunggal. Šešelj menyertai kempen etnik Serbia menentang etnik Croat dan Bosniak semasa Perang Yugoslavia. Šešelj telah ditahan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1994 dan 1995 oleh kerajaan Yugoslavia, tetapi akhirnya menjadi Naib Presiden Serbia bermula pada tahun 1998 sehingga tahun 2000. Pada tahun 2000, warganegara Serbia memprotes menentang pilihanraya apabila Milošević enggan untuk meletak jawatan Presiden Yugoslavia berikutan dengan dakwaan pengundi hantu. Milošević kemudian dipecat pada 5 Oktober, 2000, dan secara rasminya meletak jawatan pada hari berikutnya. Beliau kemudian ditahan pada tahun 2001 oleh pihak berkuasa persekutuan atas dakwaan rasuah semasa memegang kuasa, tetapi kemudian dipindahkan ke The Hague untuk menghadapi dakwaaan jenayah perang.

Selepas penggulingan Milošević, Vojislav Koštunica menjadi Presiden Yugoslavia. Pada tahun 2002, sekutu Milošević, Presiden Serbia Milutinović meletak jawatan, oleh itu mengakhiri dua belas tahun kepimpinan politik dari Parti Sosialis Serbia di republik ini. Boris Tadić dari Parti Demokratik mengantikan Milutinović.

Negara kesatuan

Rencana utama: Serbia dan Montenegro

Pada tahun 2003, berikutan penyusunan semula Republik Persekutuan Yugoslavia kepada Negara Kesatuan Serbia dan Montenegro, Serbia menjadi salah sebuah negeri konstituen bersama-sama dengan Montenegro. Negara kesatuan ini bangkit selepas nasionalisme penduduk Montenegro meningkat. Montenegro untuk beberapa tahun telah menggunakan matawang luar untuk kegunaan sah, ia bermula dengan Mark Jerman, dan sejak tahun 2002, menggunakan Euro. Serbia menerimanya, mengeluarkan semula matawang Dinar Yugoslavia, dan menamakan semula sebagai dinar Serbia, dan bank negara menjadi Bank Negara Serbia mengantikan Bank Negara Yugoslavia. Komitmen Serbia kepada negara kesatuan ini menjadi komitmen terakhirnya sebelum kemerdekaannya diistiharkan pada tahun 2006 selepas pengistiharan kemerdekaan Montenegro daripada kesatuan berikutan selepas satu pungutan suara kemerdekaan tidak lama sebelumnya.

Antara tahun 2003 hingga 2006, Serbia berhadapan dengan pergelutan politik dalaman berkenaan arah tujuan republik, ahli-ahli politik Serbia berpecah berkenaan keputusan untuk mengasaskan negara kesatuan yang longgar. Zoran Đinđić yag dilihat sebagai seorang penentang utama bagi negara kesatuan telah dikritik oleh bekas Presiden Yugoslavia Vojislav Koštunica. Kemarahan para nasionalis berkenaan kedudukan Đinđić mengakibatkan pembunuhan mengejut pada bulan Mac 2003 yang mana menyebabkan sebuah darurat diistiharkan.[petikan diperlukan] Pada tahun 2004, pihak-pihak politik pro-Kesatuan Eropah bersatu untuk melawan pihak nasionalis yang menentang kemasukan Serbia kedalam EU sehingga EU mengakui kedaulatan Serbia di Kosovo.[petikan diperlukan]

Pada tahun 2006, Serbia berdepan dengan kesan referendum kemerdekaan berkenaan negara kesatuan dari Montenegro. Kebanyakan rakyat Serbia berharap agar Montenegro kekal berada dalam kesatuan di sebabkan ikatan rapat yang dimiliki oleh kedua-dua negara. Meskipun dikempen kuat oleh pihak pro kesatuan, pihak pro kemerdekaan menang tipis dalam referendum ini iaitu 55 peratus seperti dituntut oleh Kesatuan Eropah. Dengan kemerdekaan Montenegro diakui, Serbia mengistiharkan diri sebagai sebuah negara merdeka, buat kali pertama sejak tahun 1918.