Penerbitan Rise:_Ini_Kalilah

Rise: Ini Kalilah diarahkan bersama oleh Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan MS Peem Nath. Filem ini merupakan hasil cetusan idea penerbit eksekutif Fred Chong yang sebelum ini menjadi penerbit filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee.[6] Menurut Fred, filem ini tidak dibiayai oleh Pakatan Harapan.[7] Rise: Ini Kalilah dikonsepkan beberapa minggu selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-14, dengan pra-penerbitan dilakukan pada Jun, dan penggambaran dijalankan pada Julai di tiga buah negara, Malaysia,Singapura dan British.[1] Filem ini menggunakan banyak bahasa yang dituturkan di Malaysia.[8]

Filem ini menggabungkan tiga pengarah yang berwawasan—Saw Teong Hin, pengarah yang terkenal dengan filem fantasi epik Puteri Gunung Ledang dan filem Hokkien pertama Malaysia, You Mean the World to Me; Nik Amir Mustapha, yang mengarahkan filem KIL dan Terbaik Dari Langit; dan juga Prem Nath yang merupakan sebahagian daripada pasukan penerbitan Jagat yang memenangi anugerah.

Barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Shashi Tharan, Jenn Chia dan Mark O'Dea. Sweet Qismina, Mustaqim Bahadon, Sharifah Sakinah, Datuk Jalaluddin Hassan, Yana Samsudin, Tony Eusoff dan Pushpa Narayan membuat kemunculan khas.[9]

Rujukan

WikiPedia: Rise:_Ini_Kalilah http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-ris... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rise-ini-... http://www.dailyseni.com/v4/rise-ini-kalilah-revie... http://www.imdb.com/title/tt9866736/ http://www.riseinikalilah.com/ http://ohhangat.com.my/article/C1808031254414990/f... http://www.utusan.com.my/hiburan/selepas-dua-mingg... http://www.thesundaily.my/news/2018/09/14/movie-re... https://www.kakisinema.com/2018/10/13/rise-ini-kal... https://www.malaymail.com/s/1672761/munafik-2-one-...