Rita Lee Jones, yang lebih dikenali sebagai
Rita Lee (lahir
31 Disember 1947) adalah seorang
penyanyi,
pemain muzik, dan
penggubah muzik rock berkebangsaan
Brazil. Lee dilahirkan di kota
Sao Paulo,
Brazil, sebagai anak bongsu kepada Charles Fenley Jones, seorang
Amerika Syarikat sementara
ibunya, Romilda Padula Jones, berasal dari
Itali. Ia juga menyanyikan muzik romantik. Pada
1963 ia bersama empat orang temannya membentuk sebuah
pancaragam yang dinamainya Teenage Singers. Mereka tampil dalam berbagai pertunjukan dan pesta di sekolah. Pada tahun berikutnya ia ikut serta dalam Tulio Trio dan kemudian dalam Six Sided Rockers, sebuah pancaragam yang kemudian dinamai O' Seis dan kebelakangan ini, O Konjunto.Pada
1966, Lee, bersama-sama dengan
Arnaldo Baptista dan
Sergio Dias, membentuk pancaragam
Os Mutantes. Pancaragam ini tampil buat pertama kali pada
1967 dalam Pesta Muzik Pop Brazil III dari
Rekod TV. Setelah berbagai-bagai pengalaman dengan Os MUtantes, ia mulai mencuba menyanyi solo dengan Build Up pada
1970. Ia menerbitkan rakamannya yang kedua pada
1972. Setelah pancaragam itu dibubarkan pada
1972, ia membentuk pancaragamnya sendiri,
Tutti-Frutti. Lee kemudian menerbitkan banyak
album sebagai penyanyi tunggal.Lee bernikah dengan rakan Mutantesnya, Arnaldo Baptista dari
1971 hingga
1977. Pada
1996, ia bernikah dengan Roberto de Carvalho, yang diperkenalkan kepadanya oleh
Ney Matogrosso. Bersama de Carvalho, ia mempunyai tiga orang anak lelaki, dua di antaranya anak kandungnya sendiri: Beto, Joao dan Antonio.Lee
belajar di sebuah
sekolah Perancis, dan fasih ber
bahasa Inggeris,
Portugis,
Perancis, dan
Itali. Selain kerjaya
muziknya, ia mempunyai sebuah rancangan
lucu (Radioamador) di
radio pada
1986, yang ke udara selama 9 bulan, menulis tiga buah
buku kanak-kanak pada 1986, dan tampil pada sejumlah
filem Brazil serta acara TV. Dari
2002 hingga
2004, ia menjadi salah seorang juruacara
rancangan temu bual di TV Brazil, Saia Justa. Pada
2005 ia memulakan rancangan temu bualnya sendiri, Madame Lee, bersama dengan suaminya.