Robert_Mugabe
Robert_Mugabe

Robert_Mugabe

Robert Gabriel Mugabe KCB (lahir 21 Februari 1924 - 6 September 2019) ialah Presiden Zimbabwe ke-2. Beliau telah berkhidmat sebagai ketua kerajaan Zimbabwe sejak tahun 1980, selaku Perdana Menteri dari tahun 1980 hingga 1987 dan selaku Presiden sejak tahun 1987 hingga 2017.[6] Nama beliau bangkit pada 1960-an sebagai pemimpun Zimbabwe African National Union (ZANU) dalam pertempuran gerila menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Rhodesia dalam Perang Pedalaman Rhodesia (1964–1979).Mugabe merupakan seorang tokoh yang penuh kontroversi. Selepas perang, beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan[7]Setelah campur tangan dalam Perang Congo Kedua yang menelan banyak wang dan ekspropriasi tanah ladang milikan kulit putih secara besar-besaran, dunia Barat memandang rendah Mugabe, sementara ekonomi Zimbabwe teruk meleset. Baru-baru ini dasar-dasar beliau dikutuk dunia Barat dan di negara sendiri.[8][9][10]Mugabe menyifatkan pihak-pihak yang mengutuk beliau sebagai "penjajah yang lahir semula,"[11][12]dan beliau bersama penyokong-penyokong beliau mendakwa bahawa kemelut Zimbabwe adalah tinggalan imperialisme,[13]yang diburukkan lagi oleh campur tangan ekonomi oleh kuasa Barat.Pada 3 April 2008, akhbar UK mengumumkan bahawa parti pembangkang utama, Pergerakan Perubahan Demokratik menguasai parlimen.[14] Pada bulan September 2008, Mugabe mencapai kata sepakat dengan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai untuk berkongsi kuasa yang mana Mugabe kekal sebagai presiden sementara Tsvangirai menjadi Perdana Menterinya. Pada 3 Ogos 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe menyatakan yang Mugabe memenangi penggal ketujuhnya sebagai presiden, menewaskan Morgan Tsvangirai dengan 61 peratus undi.[15]

Robert_Mugabe

Lahir Robert Gabriel Mugabe
(1924-02-21)21 Februari 1924
Kutama, Rhodesia Selatan
(kini Zimbabwe)
Didahului oleh Zail Singh
Tandatangan
Alma mater Universiti Fort Hare
Universiti Afrika Selatan
Universiti London
Pasangan Sally Hayfron (meninggal 1992)
Grace Marufu (1996–kini)
Digantikan oleh Janez Drnovšek
Naib Presiden Pertama
Parti politik Parti Demokratik Kebangsaan (1960–1961)
Kesatuan Rakyat Afrika Zimbabwe (1961–1963)
Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (1963–1987)
Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe – Barisan Patriotik (1987–2017)
Anak-anak 4, termasuk Bona
Meninggal dunia 6 September 2019(2019-09-06) (umur 95)
Singapura[5]
Presiden Canaan Banana
Pengerusi Kebangsaan
  • Joseph Msika
  • John Nkomo
  • Simon Khaya-Moyo
Naib Presiden Kedua
  • Joshua Nkomo
  • Joseph Msika
  • John Nkomo
  • Phelekezela Mphoko
Perdana Menteri Morgan Tsvangirai (2009-2013)

Rujukan

WikiPedia: Robert_Mugabe http://www.sbs.com.au/news/article/2017/11/16/stun... http://english.peopledaily.com.cn/90001/90777/9085... http://www.astroawani.com/berita-dunia/robert-muga... http://www.blackcommentator.com/51/51_zim_egbuna.h... http://edition.cnn.com/2017/11/14/africa/zimbabwe-... http://www.newzimbabwe.com/pages/palace.html http://www.nytimes.com/2013/08/04/world/africa/mug... http://www.swans.com/library/art8/gowans21.html http://zimbabwemetro.com/2007/11/30/comrade-mugabe... http://bbc.in/2hFVohU