Sifat Rubidium

Rubidium merupakan unsur alkali stabil kedua paling elektropositif dan cair pada suhu ambien yang tinggi, 39.3 °C (102.7 °F). Setara dengan unsur kumpulan 1 yang lain, logam ini bertindak balas dengan kuat dalam air. Umumnya, tindak balas ini biasanya cukup kuat bagi menyalakan hidrogen terbebas apabila menggunakan kalium dan sesium. Rubidium juga dilaporkan menyala secara spontan dalam udara. Sepertimana logam alkali lain, ia membentuk amalgam dengan raksa dan ia boleh membentuk pancalogam dengan emas, sesium, natrium dan kalium. Unsur terbabit menghasilkan warna ungu kemerahan kepada api menyala, sebagaimana namanya iaitu ruby yang bererti kemerahan.