Isotop Rubidium

Rencana utama: Isotop rubidium

Terdapat 26 isotop rubidium yang diketahui dengan rubidium yang terjadi semula jadinya telah dibentuk daripada hanya 2 isotop sahaja; Rb-85 (72.2%) dan Rb-87 radioaktif (27.8%). Rubidium asli adalah radioaktif dengan keaktifan tentu kira-kira 670 Bq/g, cukup untuk mengabutkan filem fotografi dalam lebih kurang 30 hingga 60 hari.

Rb-87 mempunyai separuh hayat pada 4.88×1010 tahun. Ia mudah mengganti bagi kalium dalam galian. Ia bersedia menjadi pengganti kalium di dalam galian, oleh itu ia betul-betul meluas. Rb telah digunakan secara meluas dalam pentarikhan batuan; susutan Rb-87 kepada strontium-87 stabil dengan pengeluaran zarah beta negatif. Ketika penghabluran berperingkat, Sr cenderung menjadi pekat dalam plagioklas, meninggalkan Rb dalam bentuk cecair. Justeru itu, nisbah Rb:Sr dalam sisa magma mungkin bertambah sepanjang masa, mengakibatkan batuan dengan peningkatan nisbah Rb:Sr dengan meningkatkan penceraian. Nisbah tertinggi (10 atau lebih) terjadi dalam pegmatit. Sekiranya jumlah awal Sr diketahui atau boleh ditentuluarkan, umur boleh dipastikan dengan sukatan kepekatan Rb dan Sr serta nisbah Sr-87:Sr-86. Tarikh menunjukkan umur sebenar galian sahaja jika batuan belum berubah kemudiannya. Lihat pentarikhan Rubidium-Strontium bagi penerangan yang lebih terperinci.