Kegunaan Rubidium

Potensi atau kegunaan rubidium pada masa ini termasuklah:

Rubidium mudah terion, jadi ia dipertimbangkan untuk penggunaan dalam enjin ion bagi kapal angkasa lepas (tetapi sesium dan xenon lebih cekap bagi tujuan tersebut).

Kadang kala, sebatian rubidium digunakan dalam bunga api yang memberikan warna ungu.

RbAg4I5 mempunyai keraliran suhu bilik tertinggi dalam hablur ion. Sifat sebegini mungkin berguna dalam saput nipis bateri dan penggunaan lain.[6]

Rubidium juga dipertimbangkan bagi pengunaan dalam penjana termoelektrik dengan menggunakan prinsip magnetohidrodinamik yang ion rubidiumnya dibentuk oleh haba pada suhu yang tinggi dan bergerak menerusi medan magnet. Aliran elektrik akan terhasil dan bertindak seperti penjana armatur dan dengan itu menghasilkan arus elektrik.

Rubidium, terutamanya 87Rb, dalam bentuk wap, merupakan salah satu spesies atom yang biasa digunakan bagi dingin laser dan pemeluwapan Bose-Einstein. Cirinya yang diingini bagi penggunaan ini termasuk adanya serta-merta cahaya diod laser yang murah pada jarak gelombang relevan dan suhu sederhana diperlukan bagi memperoleh tekanan wap yang cukup banyak.

Rubidium telah digunakan bagi mengutubkan 3He yang mengeluarkan gas 3He termagnet yang banyak dengan spin nukleus yang menjajar ke arah tertentu di angkasa (lebih daripada secara rawak). Wap rubidium telah dipam secara optik oleh laser dan Rb terkutub mengutubkan 3He dengan saling tindak hiperhalus.[7] Pengutuban spin sel 3He menjadi lazim bagi ukuran pengutuban neutron dan bagi menghasilkan alur neutron terkutub bagi tujuan lain.[8]