Am Run_Run_Shaw

Sir Run Run Shaw lahir di Ningbo, Zhejiang, China dan membesar di tanah besar China sambil diajar di sekolah yang didirikan Amerika Syarikat. Beliau adalah yang bongsu dari enam anak lelaki kepada saudagar kain Shanghai bernama Shaw Yuh Hsuen (1867-1920).[4]

Pada usia 19 tahun, ketika cuti musim panas, beliau mengikut abang alangnya Runme Shaw ke Singapura untuk mendirikan pasaran filem lalu menubuhkan Shaw Organisation. Selepas itu, beliau semakin minat pada industri perfileman. Beliau bersama abangnya mendirikan studio South Seas Film pada tahun 1930, yang kemudiannya digelar Shaw Studios. Pada tahun 1947, dia menubuhkan Malay Film Productions, studio yang telah menghasilkan lebih dari 150 buah filem Melayu sepanjang tempoh penubuhannya selepas Perang Dunia Kedua. Antara pelakon terkenal studionya adalah P. Ramlee, yang berlakon dalam 42 buah filem dan mengarah 16 filem, kesemuanya di studio yang terletak di No. 8 Jalan Ampas.[5]

Pada tahun 1967, beliau mengasaskan Television Broadcasts Limited (TVB) di Hong Kong, dan memajukannya sehingga menjadi empayar televisyen jutaan dolar yang paling digeruni di dunia.

Isteri pertamanya meninggal dunia ketika berusia 85 tahun pada tahun 1987. Pada tahun yang sama, Shaw Studios berhenti menghasilkan filem. Shaw berkahwin lagi bersama Mona Fong (kini timbalan pengerusi TVB sejak tahun 2000) di Las Vegas pada tahun 1997.[4]

Pada tahun 2000, beliau menjual pustaka berisi 760 judul klasik ke Celestial Pictures Limited melalui syarikatnya, Shaw Brothers (Hong Kong) Limited. Nama beliau turut terpapar dalam filem-filem barat yang disokongnya, seperti dalam filem Blade Runner di bawah logo The Ladd Company.

Dengan hati yang tabah, Shaw Studios memasuki era baru dengan pelaburan besar-besaran Run Run Shaw (menerusi syarikat-syarikat milik beliau) dalam projek Hong Kong Movie City yang bernilai AS$180 juta, sebuah kemudahan studio dan penerbitan seluas 1,100,000 kaki persegi (100,000 m2). Projek ini dilengkapi sebuah pentas bunyi paling besar, ternyaman dan tebat bunyi dan getaran di Asia, sebuah kemudahan makmal warna dan imejan digital berkhidmat penuh, lebih 20 suit bunyi dan suntingan, sebuah teater lakaban dan tayangan 400 kerusi, ruang pejabat eksekutif dan penerbitan, kemudahan jamuan, dan kelengkapan kesan visual dan animasi. Projek ini bertujuan menjadi pusat utama Shaw Studios dan sememangnya pemacu kemajuan seluruh industri perfileman Cina.[6]

Bintang Shaw di Avenue of Stars

Sir Run Run Shaw turut banyak memegang kemudahan perniagaan lain di seluruh dunia. Pembinaan Menara Shaw setinggi 23 aras di Cathedral Place di Vancouver, British Columbia, Kanada merupakan salah satu kepentingannya dalam bidang hartanah.

Selama ini, beliau telah menderma beribu juta dolar kepada badan amal, sekolah dan hospital. Namanya terpapar di kebanyakan bangunan di Hong Kong dan tanah besar China sebagai penghargaan atas sumbangan beliau. Kolej konstituen keempat di Universiti Cina Hong Kong juga dinamakan sempana naungan Sir Run Run yang membolehkan penubuhan kolej tersebut.[7]

Beliau menyumbang HK$100 juta kepada tabung bantuan gempa bumi Sichuan 2008.

Shaw meninggal dunia dengan aman di kediamannya pada 7 January 2014, pukul 6:55am (Waktu Hong Kong) pada umur 106 tahun, dengan sanak-saudara di samping beliau.[8]