Ekologi Rusa_kutub

Taburan dan habitat

Seekor rusa kutub yang berjalan di Sweden

Rusa kutub asalnya dapat ditemui di Skandinavia, Eropah timur, Greenland, Rusia, Mongolia, dan China utara melebihi garis lintang utara ke-50. Di Amerika Utara, ia ditemui di Kanada, negeri Alaska di Amerika Syarikat dan jangkauan sempadan bersambungan (conterminous) negara tersebut dari Washington ke Maine. Pada abad ke-19, ia mungkin dapat dilihat di kawasan selatan sejauh negeri Idaho. Bahkan ia mungkin didapati secara semulajadi dalam Ireland pada suatu ketika dahulu. Pada lewat zaman Pleistosen, rusa dijumpai di selatan sejauh negeri-negeri Nevada dan Tennessee di Amerika Utara, dan sejauh selatan Sepanyol di Eropah.[14] Hari ini, kawanan rusa liar telah menghilang dari kawasan ini, terutamanya dari bahagian selatan sehingga ia langsung tidak dapat dijumpai. Populasi besar rusa kutub liar masih ditemui di Norway, Finland, Siberia, Greenland, Alaska, dan Kanada.

Pemangsa

Pelbagai pemangsa mangsa banyak memburu rusa kutub, termasuk manusia yang memburu dengan berlebihan di beberapa lokasi sehingga menyumbang kepada penurunan populasi rusa ini. Helang emas memangsa anak rusa terutamanya di kawasan kawanan rusa membiak.[15] Wolverin akan mengambil anak-anak rusa yang baru lahir serta rusa dewasa yang lemah (meskipun ia kurang biasa). Bangkainya barangkali menjadi rebutan rubah, serta burung-burung helang dan raven.

Rujukan

WikiPedia: Rusa_kutub http://www.cbc.ca/news/canada/newfoundland-labrado... http://www.thecanadianencyclopedia.ca/en/article/c... http://ec.europa.eu/agriculture/quality/door/list.... http://60north.mmm.fi/news?&article=13673753&secti... http://www.saunalahti.fi/~marian1/gourmet/reindeer... http://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?se... //doi.org/10.1111%2Fj.1365-2907.2006.00093.x //doi.org/10.1177%2F004051755502501002 //doi.org/10.2307%2F1382230 http://www.iucnredlist.org/details/29742/0