Biografi Sabri_Yunus

Beliau dilahirkan di kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Nghulu Yunus). Beliau berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, Syamimi dan Syazni, tidak semua orang boleh menjadi pelawak. Sabri mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, di mana dia pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada 2007.