Budaya Samurai

Sebagai bangsawan mutlak selama beberapa abad, samurai memajukan budaya mereka sendiri yang menukar cara orang Jepun bertindak.

Seseorang samurai dijangka mampu membaca dan menulis, juga untuk mengetahui asas matematik. Toyotomi Hideyoshi, seorang samurai agung yang bermula sebagai petani biasa, hanya mampu membaca dan menulis dalam hiragana dan ini adalah kelemahannya yang paling ketara. Sesetengah mengandaikan bahawa ini adalah punca dia tidak dilantik sebagai shogun. Samurai mesti, walaupun tidak diwajibkan, mempunyai minat dalam seni lain seperti menari, Go, penulisan, sastera, dan teh. Ota Dokan yang merupakan pemerintah pertama Edo menulis bagaimana dia malu apabila menyedari bahawa orang biasapun lebih mengetahui mengenai sastera berbanding dirinya dan ini menjadikan dia belajar dengan lebih tekun.

Kebudayaan samurai berbeza dari keringkasan yang di pengaruhi oleh Buddha Zen kepada bermewah-mewahan kebudayaan stail Kano. Kebanyakan samurai tinggal ringkas bukan kerana kecenderungan, tetapi keperluan. Apabila perdagangan berkembang pada tempoh Edo, samurai yang dibekalkan dengan beras sebagai sumber pendapatan berhadapan dengan harga melambung barangan biasa. Sesetengah samurai menghasilkan barangan kesenian dan yang lain bertani untuk menambah pendapatan. Samurai yang berpendapatan rendah ini masih meluangkan masa dan wang untuk mengajar anak-anak mereka menghargai pelajaran. Pada pertengahan tempoh Edo, samurai perlu dipaksa untuk berlatih kemahiran bela diri mereka. Terdapat cerita bagaimana samurai diancam dan terpaksa melarikan diri dari pekerja yang berbadan tegap, sesetengah yang lain kalah dalam perkelahian. Disebabkan samurai adalah pakar dalam perlawanan, masalah ini tidak pernah dilapurkan kerana malu tetapi kekal dirakamkan.

Dengan masa lapang yang mereka ada, ramai samurai mula mempelajari topik seperti arkaeologi, botani, dan penulisan. Samurai memperkenalkan sayuran seperti ubi kentang dan ubi keledek kepada petani yang kekal apathetic terhadap sayuran import ini. Samurai juga menyalin dan mengkaji rekod dan buku sejarah. Kojiki dan juga klassik Cina turut dikaji. Samurai juga mula mempelajari anatomi dan sains perubatan kerana minat dan bukannya untuk mencari cara lebih baik untuk membunuh. Pada akhir tempoh Edo, mereka menterjemah buku perubatan Belanda.

Nama Samurai

Seseorang samurai biasanya diberi nama dengan menggabung satu huruf kanji dari bapanya atau datuknya dan satu huruf kanji baru. Ramai samurai mempunyai bunyi nama phonetically yang serupa dengan leluhur yang masyhur sebagai penghormatan kepada keagungan mereka dan dengan harapan samurai ini akan mencapai kejayaan yang setaraf. Nama ini digunakan selepas upacara genpuku. Dia juga mempunyai nama kanak-kanak. Kebanyakan samurai mempunyai nama kedua dan juga menggunakan gelarannya sebagai sebahagian namanya. Oda Nobunaga secara rasminya digelar "Oda Kouzukenosuke Owarinokami Nobunaga" (織田上総介尾張守信長) dan dia juga dikenali sebagai "Oda Kouzukenosuke" atau "Oda Owarinokami".

Perkahwinan

Perkahwinan seseorang samurai dilakukan melalui perkahwinan yang diatur oleh seseorang yang sama atau lebih tinggi darjatnya dari mereka yang berkahwin. Bagi samurai yang berpangkat tinggi ini adalah keperluan kerana tidak ramai dari mereka berpeluang bertemu gadis, ini masih dilakukan sebagai adat bagi samurai berpangkat rendah. Kebanyakan samurai mengahwini wanita dari keluarga samurai tetapi bagi samurai berpangkat rendah, perkahwinan dengan orang biasa dibenarkan. Dalam perkahwinan ini, mas kawin diberikan oleh pihak wanita dan ini digunakan bagi memulakan penghidupan baru mereka.

Seseorang samurai dibenarkan mempunyai wanita simpanan tetapi latarbelakannya diperiksa dengan teliti oleh samurai berpangkat tinggi. Dalam kebanyakan kes, ia dilayan sebagai perkahwinan dan penculikan, biasa dalam kebanyakan fiksen, sekiranya tidak dianggap jenayah, dianggap memalukan. Sekiranya wanita tersebut orang biasa, utusan dihantar, dengan wang pertunangan atau nota pengecualian cukai, dan meminta diterima oleh keluarganya. Kebanyakan keluarga menerima dengan gembira, kerana sekiranya wanita tersebut melahirkan anak lelaki, dia boleh menjadi samurai.

Seseorang samurai boleh menceraikan isterinya disebabkan pelbagai sebab dengan kelulusan dari penyelia. Penceraian, walaupun berlaku, amat jarang. Sebab penting adalah jika dia tidak dapat melahirkan anak lelaki tetapi anak angkat boleh diaturkan. Seseorang samurai boleh bercerai disebabkan sebab tersendiri, walaupun hanya kerana dia tidak suka isterinya, tetapi ini biasanya dielakkan kerana ia akan memalukan samurai yang mengaturkan perkahwinan ini. Wanita juga boleh menguruskan perceraian, walaupun ini biasanya dalam bentuk diceraikan oleh samurai. Dalam kes perceraian, pihak samurai terpaksa memulangkan mas kahwin dan perkara ini sering menghalang perceraian. Sesetengah pedagang yang kaya akan mengahwinkan anak mereka dengan samurai sebagai balasan menghapuskan hutang samurai dengan bertujuan meningkatkan kedudukan mereka.

Warisan

Anak lelaki tertua pemerintah dahulu biasanya dilantik sebagai ketua seterusnya dalam sesuatu puak. Jika anak lelaki tertua meninggal sebelum diwarisi, anak tertua anaknya menjadi ketua seterusnya bagi puak tersebut. Jika anak tertua tidak mempunyai anak, anak kedua mewarisi kedudukan sebagai ketua. Aturan ini kadang-kadang ditukar bersesuaian dengan keinginan bekas ketua. Apabila ketua berikutnya terlalu muda atau tidak berpengalaman, saudara dan pengikut ketua sebelumnya bertindak sebagai ketua sehingga kuasa pemerintahan boleh diserahkan. Pembahagian kerajaan menjadi popular pada tempoh Kamakura dan Ashikaga tetapi beransur kurang kemudiannya kerana ia sering melemahkan puak tersebut.

Ramai samurai menukar nama mereka bukan kerana tidak gemarkannya, tetapi kerana mereka diambil oleh puak lain. Perkara ini dilakukan berasaskan banyak sebab. Yang pertama dan paling penting adalah kebanyakan puak inginkan pengganti yang mempunyai kemahiran dan kebolehan tinggi walaupin ini bererti menyingkirkan anak ketua sebelumnya. Jika pengganti tersebut datangnya dari puak yang lebih penting adalah lebih baik. Walaupun perkara ini perlu diluluskan oleh shogunate atau daimyo pada Tempoh Edo, ia sering berlaku. Apabila ketua sebelumnya meninggal tanpa anak lelaki tetapi dengan gadis, adalah perkara biasa bagi mengambil samurai dari puak lain kedalam puak itu dan mengahwinkan dia dengan anak gadis bekas ketua dahulu.

Samurai mempunyai ramai anak berhadapan dengan penyakit dan perperangan dan ini sering menyebabkan masalah warisan. Kadang-kala perkara ini mendorong kepada seluruh puak menjadi lemah atau berpecah dan menuju kehancuran. Beberapa langkah diambil bagi mengelak masalah ini. Masuk kepuak yang lain adalah satu cara, dan cara lain dikenali sebagai Koukaku harafiah. turun pangkat, dimana seseorang anak lelaki diberikan nama puak baru dan menjadi pengikut dan anak buah ( retainer and a vassal ) abang mereka. Sesetengah samurai mungkin juga menjadi pedagang atau petani disebabkan oleh Koukaku.