Sejarah Samurai

Lukisan samurai-samurai pada tahun 1880

Asal Samurai

Sebelum Tempoh Heian, tentera di Japan diterapkan menurut tentera Cina dan di bawah pemerintahan langsung Maharaja. Kecuali hamba, semua lelaki berkemampuan mempunyai tanggungjawab untuk menyertai tentera. Mereka perlu membekalkan diri mereka sendiri dan ramai yang sesat atau berputus asa untuk pulang dan menetap dalam perjalanan pulang. Ini dianggap sebahagian daripada cukai dan ia boleh ditukar ganti dengan bentuk cukai yang lain seperti sekayu kain. Mereka ini dikenali sebagai Sakimori (防人), harafiah. pembela tetapi mereka tiada kaitan dengan samurai.

Pada awal tempoh Heian, akhir abad ke 8 dan awal abad ke 9, Maharaja Kammu cuba memantap dan meluaskan kuasanya di utara Honshu. Tentera yang dihantar untuk mematahkan pemberontak Emishi tidak berdisplin dan bersemangat dengan itu menemui kegagalan. Maharaja Kammu kemudiannya memperkenalkan gelaran Seiitaishogun (征夷大将軍) atau shogun dan mulai bergantung kepada puak daerah ( regional clans ) yang berkuasa bagi menjajah Emishi. Mahir dalam pertempuran berkuda dan memanah, wira puak clan warriors merupakan alat yang digemari Maharaja bagi mematahkan pemberontakan.

Semasa tempoh Heian, tentera maharaja dibubarkan dan kuasa maharaja beransur menjadi lemah. Walaupun maharaja masih merupakan pemerintah, puak-puak berkuasa disekeliling Kyoto mengambil kedudukan sebagai menteri dan sanak-saudara mereka membeli kedudukan sebagai hakim bagi mengumpul cukai. Untuk membayar hutang mereka dan mengumpul harta, mereka sering mengenakan cukai yang berat dan ramai petani terpaksa meninggalkan tanah mereka. Puak daerah ( Regional clans ) bertambah kuat dengan menawarkan cukai yang lebih rendah kepada rakyat mereka dan kebebasan dari kerahan tenaga ( conscription ). Puak-puak ini melengkapkan diri mereka untuk mematahkan puak dan hakim lain yang cuba mengutip cukai di kawasan mereka. Mereka akhirnya membentuk diri mereka kepada anggota bersenjata dan menjadi samurai.

Nama samurai datangnya dari pengawal istana maharaja dan pengawal persendirian yang digaji oleh puak-puak tersebut. Mereka bertindak sebagai polis dalam dan sekitar Kyoto. Anggota awal kepada apa yang dikenali sekarang sebagai samurai dilengkapi senjata oleh pemerintah dan perlu memahirkan diri dalam seni bela diri. Mereka merupakan Saburai, orang suruhan, tetapi kelebihan sebagai golongan bersenjata solo semakin menonjol. Dengan menjanjikan pelindungan dan mendapat kekuatan politik melalui perkahwinan politik mereka mengumpul kuasa yang akhirnya melebihi pemerintah bangsawan.

Sesetengah puak samurai berasal sebagai petani yang terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri dari hakim yang dilantik maharaja untuk memerintah dan mengutip cukai di kawasan mereka. Puak-puak ini membentuk perikatan untuk mempertahankan diri mereka daripada puak-puak yang lebih berkuasa. Pada pertengahan zaman Heian, mereka telah menggunakan perisai dan senjata stail Jepun dan meletakkan asas kepada bushido, kod etik mereka yang terkenal.

Keshogunan Kamakura dan Kebangkitan Samurai

Pada awalnya wira ini hanya merupakan tentera upahan yang digaji oleh maharaja dan puak bangsawan (kuge). Tetapi secara beransur-ansur mereka mengumpul kuasa yang mencukupi untuk melangkau kaum bangsawan dan menubuhkan kerajaan dikuasai samurai pertama.

Ketika puak-puak bahagian regional clans mengumpulkan sumber dan tenaga manusia dan membentuk pakatan sesama sendiri, mereka membentuk hieraki yang tertumpu kepada seorang ketua atau toryo. Ketua ini biasanya merupakan kerabat jauh maharaja dan ahli rendah kepada salah satu daripada tiga keluarga bangsawan (Fujiwara, Minamoto, atau Taira). Walaupun pada asalnya mereka dilantik ke daerah jajahan untuk tempoh tetap empat tahun sebagai hakim, toryo enggan kembali ke ibu negara selepas penggal mereka tamat. Anak mereka mewarisi kedudukan mereka dan terus memimpin puak-puak berkenaan bagi memadamkan pemberontakan seluruh Jepun dalam tempoh pertengahan ke akhir tempoh Heian.

Disebabkan kebangkitan kuasa ekonomi dan ketenteraan mereka, puak-puak tersebut akhirnya menjadi kuasa baru dalam politik istana. Penglibatan mereka dalam Pemberontakan Hogen pada akhir Heian hanya mengukuhkan kuasa mereka dan akhirnya melagakan saingan Minamoto dan Taira sesame sendiri dalam Pemberontakan Heiji 1160. Muncul sebagai pemenang, Taira no Kiyomori menjadi penasihat maharaja, wira pertama mendapat kedudukan sedemikian, dan akhirnya merampas kuasa kerajaan pusat untuk menubuhkan kerajaan yang dikuasai oleh golongan samurai yang pertama dan mengenepikan maharaja sebagai simbol sahaja. Bagaimanapun, golongan Taira masih lebih berdarah bangsawan berbanding puak Minamoto yang kemudiannya. Puak Taira tidak cuba memperluaskan atau memperkukuhkan kekuatan ketenteraannya, sebaliknya mengahwinkan wanita mereka dengan maharaja dan cuba mengawal melalui kuasa maharaja.

Taira dan Minamoto sekali lagi bertelingkah pada tahun 1180 bermula dengan Perang Gempei yang berakhir pada tahun 1185. Minamoto no Yoritomo yang merupakan pemenang meletakkan kelebihan kaum samurai melebihi kaum bangsawan. Pada tahun 1190 dia melawat Kyoto dan pada tahun 1192 menjadi Seii Taishogun, mengasaskan Keshogunan Kamakura. Dia menubuhkan keshogunan di Kamakura berhampiran dengan pengkalan kuasanya dan bukannya di Kyoto.

Secara beransur-ansur, puak samurai yang berkuasa menjadi wira bangsawan (buke) yang terikat secara lemah pada bangsawan istana. Apabila kaum samurai mula mengambil adat bangsawan seperti kaligrafi, puisi dan muzik, sesetengah bangsawan istana turut mempelajari kemahiran samurai. Walaupun melalui pelbagai mekanisma dan kecuali untuk tempoh pendek pemerintahan pelbagai maharaja, kuasa sebenar terletak di tangan shogun dan samurai.

Keshogunan Ashikaga dan Tempoh Feudal

Pelbagai puak samurai berebutkan kuasa bagi Keshogunan Kamakura dan Keshogunan Ashikaga.

Ajaran Buddha Zen berkembang dikalangan samurai pada abad ke 13 dan ia membantu membentuk tingkah laku piawaian, terutama mengatasi takut kematian dan membunuh. Buddha Zen di Jepun mengambil Sakyamuni sebagai imej utama dan mengajar untuk mencapai buddha hidup dengan kesedara ( enlightenment ) melalui latihan bertafakur Zen. Sementara kebanyakan aliran Buddha dikalangan penduduk menjurus kepada Amitabha Tathagata, seseorang buddha dikatakan mampu membawa penganutnya ke syurga selepas kematian.

Pada abad ke 13, Yuan, negeri Cina dalam Empayar Mongol, menjajah Jepun sebanyak dua kali. Pihak Samurai yang tidak biasa bertempur secara berkumpulan menang tipis dalam pertempuran singkat pertama. Bagaimanapun, mereka lebih bersedia untuk pertempuran bagi penjajahan kali kedua dan mereka memusnahkan tentera Cina, Korea dan Mongol yang lebih besar tetapi tidak tersusun. Adalah dipercayai bahawa walaupun tanpa Kamikaze, mereka pasti berjaya mengundurkan penjajah tersebut. Pencapaian bagi pedang Jepun dicapai oleh seorang tukang besi bernama Masamune pada abad ke 14; struktur dua lapis besi keras dan lembut di ambil dan teknik tersebut tersebar dengan meluas dengan keupayaannya memotong dan ketahanannya ketika digunakan secara berterusan. Semenjak dari itu, pedang Jepun telah diakui sebagai senjata bawaan yang berbahaya semasa era pre-industri Asia Timur. Ia juga merupakan barangan eksport terpenting, sebahagian darinya sampai sejauh ke India.

Isu warisan menyebabkan pertelingkahan antara ahli keluarga kerana ( primogeniture ) menjadi biasa sementara pembahagian warisan ditentukan oleh undang-undang sebelum abad ke 14. Untuk mengelakkan pertelingkahan dalaman, penjajahan berterusan kepada jiran bersempadan dengan kawasan samurai digalakkan dan pertelingkahan sesama samurai merupakan masalah biasa bagi Shogunate Kamakura dan Ashikaga.

Sengoku jidai ("Zaman Perang Saudara") ditanda oleh kebudayaan samurai yang lebih longgar, dari satu segi. Mereka yang dilahirkan dalam golongan berlainan kadang kala mampu mencipta nama sebagai wira dan dengan itu menjadi de facto samurai. Dalam tempoh bergolak ini, etika bushido menjadi faktor penting bagi mengawal dan mengekalkan keamanan awam.

Teknologi dan taktik peperangan Jepun bertambah elok dengan pantas pada abad ke 15 dan 16. Penggunaan tentera infantari yang dikenali sebagai Ashigaru , yang dibentuk oleh wira biasa atau rakyat, dengan Nagayari (長槍) atau tombak panjang diperkenalkan dan digabung bersama tentera berkuda dalam pergerakan. Jumlah penduduk yang terbabit dalam perperangan biasanya dalam beribu sehingga melebihi beratus ribu.

Harquebus atau senapang matchlock diperkenalkan oleh Lusitanians/Portugese melalui kapal lanun Cina pada tahun 1543. Jepun berjaya ( nationalization ) dalam tempoh satu abad. Kumpulan tentera upahan dengan harquebus dan rifle dihasilkan secara pukal memainkan peranan penting. Pada akhir tempoh feudal, beberapa ratus ribu rifle wujud di Jepun dan tentera yang besar melebihi 100,000 dihancurkan dalam pertempuran. Ini amat hebat, jika dibanding dengan tentera terbesar dan paling berkuasa di Eropah, iaitu tentera Sepanyol hanya mempunyai beberapa ribu rifle dan hanya mampu mengumpulkan sejumlah tentera seramai 30,000. Ninja juga memainkan peranan penting dalam aktiviti perisikan.

Pergerakan sumber manusia adalah mudah lentur, kerana apabila regim pemerintahan terdahulu runtuh dan samurai yang menggantikannya perlu mengekalkan organisasi tentera dan pentadbiran dalam kawasan pengaruh mereka. Kebanyakan keluarga samurai yang kekal sehingga abad ke 19 berasal dari kawasan ini.

Mereka mengistiharkan diri mereka sebagai keturunan salah satu dari empat puak bangsawan silam, Minamoto, Taira, Fujiwara dan Tachibana. Dalam kebanyakan kes, bagaimanapun, ia sukar untuk membuktikan siapa leluhur sebenar mereka.

Oda, Toyotomi dan Tokugawa

Oda Nobunaga adalah bangsawan terkenal dari kawasan Nagoya (pernah dikenali sebagai Ohwari) dan contoh samurai luar biasa Tempoh Sengoku. Dia meletakkan asas penyatuan Jepun dan meninggal hanya beberapa tahun lebih awal dari penyatuan tersebut.

Oda Nobunaga mencipta organisasi dan taktik perang, bergantung kepada harquebus, membangunkan perdagangan dan menghargai ciptaan baru; kemenangan yang berikutnya membolehkan dia menjayakan penghapusan Shogunate Ashikaga dan perletakan senjata kuasa tentera sami Buddha, yang menyemarakkan perjuangan sia-sia dikalangan penduduk selama beberapa abad. Menyerang daripada "perlindungan" kuil Buddha, mereka merupakan masalah berterusan kepada sebarang bangsawan perang warlords termasuk maharaja yang cuba mengawal tindakan mereka. Oda Nobunaga meninggal pada tahun 1582 dalam serangan oleh salah seorang pengikutnya, Akechi Mitsuhide. Toyotomi Hideyoshi (lihat di bawah) dan Tokugawa Ieyasu, yang mendirikan Shogunate Tokugawa, merupakan pengikut setia Nobunaga. Hideyoshi yang dibesarkan oleh petani tidak dikenali menjadi salah seorang jeneral utama di bawah Nobunaga dan Ieyasu yang pernag berkongsi zaman kanak-kanak dengan Nobunaga. Hideyoshi menumpaskan Mitsuhide dalam tempoh sebulan dan dengan itu dianggap sebagai pengganti yang sah kerana berjaya membalas dendam keatas pengkhianatan Mitsuhide.

Kedua-dua mereka mendapat keuntungan dari kejayaan Nobunaga yang sebelumnya telah meletakkan asas untuk membentuk Jepun yang bersatu. Dengan itu terhasilah pepatah: "Penyatuan adalah kuih beras; Oda membuatnya. Hashiba membentuknya. Dan akhirnya, hanya Ieyasu merasainya." (Hashiba adalah nama keluarga yang digunakan oleh Toyotomi Hideyoshi semasa ia merupakan pengikut Nobunaga.)

Toyotomi Hideyoshi, yang menjadi menteri utama ( grand minister ) pada tahun 1586, dia sendiri berasal dari kalangan keluarga petani miskin, mencipta undang-undang yang menetapkan bahawa kasta samurai dimantapkan sebagai kekal dan diwarisi, dan mereka yang bukan dari golongan-samurai dilarang untuk membawa senjata.

Sangat penting bagi menyedari bahawa perbezaan antara golongan samurai dan bukan-samurai amat tipis sehinggakan pada abad ke 16, kebanyakan lelaki dewasa dalam kelas masyarakat (walaupun petani kecil) tergolong kepada sekurang-kurangnya satu organisasi tentera tersendiri dan berkhidmat dalam perperangan sebelum dan selepas pemerintahan Hideyoshi. Ia boleh dikatakan bahawa keadaan "semua menentang semua" berkekalan selama satu abad.

Keluarga samurai yang disahkan selepas abad ke 17 merupakan mereka yang memilih untuk menurut Nobunaga, Hideyoshi dan Ieyasu dan mencapai kemenangan.Pertempuran besar-besaran yang meletus antara tempoh pertukaran regim, dan samurai yang kalah akan terhapus atau diserap kekalangan penduduk awam.

Keshogunan Tokugawa

Semasa era Tokugawa, golongan samurai secara beransur-ansur menjadi bangsawan istana, kakitangan kerajaan, dan pentadbir berbanding sebagai perwira. Daisho, pasangan pedang samurai yang pendek dan panjang (cf. 'katana' dan wakizashi) beransur bertukar menjadi simbolik lambang kuasa dan bukannya senjata yang digunakan dalam kehidupan seharian. Samurai masih mempunyai hak untuk membunuh sebarang orang awam yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap mereka; bagaimanapun, tidak diketahui ketahap mana hak ini digunakan. Apabila kerajaan pusat Jepun memaksa daimyos untuk mengecilkan tentera mereka, ronin yang tidak bekerja menjadi masalah masyarakat.

Bushido telah dirasmikan oleh kebanyakan samurai pada tempoh aman ini sebagaimana Chivalry dirasmikan sebagai kesasteria apabila golongan perwira menjadi lapuk di Eropah. Tingkah-laku samurai menjadi contoh yang diikuti oleh penduduk Edo dengan penekanan kepada tingkah-laku formal. Dengan banyak masa terluang di tangan mereka, samurai meluangkan masa untuk melakukan minat lain den menjadi golongan terpelajar.

Samurai semakin lemah semasa pemulihan Meiji

The last hurrah of original samurai was in 1867 apabila samurai dari daerah Choshu dan Satsuma mengalahkan pasukan shogunate untuk menyokong pemerintahan maharaja. Kedua daerah tersebut merupakan tanah daimyos yang menyerah kepada Ieyasu selepas perang Sekigahara tahun (1600).

Sumber lain mendakwa bahawa samurai terakhir adalah pada 1877, semasa pemberontakan Satsuma dalam Pertempuran Shiroyama.

Anggota utama pemberontakan ini datangnya daripada golongan samurai rendah dari semua daerah. Matlamat utama mereka adalah serupa: mengekalkan kemerdekaan Jepun terhadap kuasa Barat. Tetapi kedua daimyo bertelingkah pada awalnya dan pertelingkahan berdarah ini berlarutan bertahun-tahun lamanya. Pada akhirnya, mereka menyedari bahawa perang saudara yang besar-besaran mesti dielakkan kerana inilah yang ditunggu-tunggu oleh kuasa asing ini. Dengan itu shogun Tokugawa Yoshinobu terakhir mengembalikan kuasa pemerintahan kepada maharaja untuk mengelakkan perperangan. Sesetengahnya masih menolak, mempercayai bahawa ini adalah coup d'etat oleh Choshu dan Satsuma dan kuasa kerajaan adalah sepatutnya ditangan mereka. Kumpulan samurai Tohoku menubuhkan penentangan bersenjata dan mereka akhirnya dihapuskan.

Emperor Meiji menghapuskan hak samurai untuk menjadi pasukan bersenjata tunggal digantikan dengan tentera kerahan cara barat yang moden. Samurai menjadi Shizoku (士族) yang mengekalkan gaji mereka tetapi hak mengenakan katana di jalan akhirnya dimansuhkan.

Post pemulihan Meiji

Dalam mentakrifkan Jepun moden, ahli kerajaan Meiji memutuskan untuk mengikuti langkah United Kingdom dan Jerman. Ia akan berasaskan konsep ketaatan bangsawan ( nobles oblige ) dan samurai tidak akan menjadi kuasa politik sepertimana di Prussia. Tentera Imperial Jepun ( Imperial Japanese Armies ) merupakan kerahan tetapi ramai samurai menawarkan diri menjadi askar dan ramai meningkat dan dilatih sebagai pegawai. Mereka yang menawar diri amat bersemangat dan rajin berlatih. Empayar Jepun memenangi Perang Sino-Jepun (1894) dan Perang Russia-Jepun (1904) dan ia boleh dikatakan bahawa pegawai dan mereka yang menawarkan diri merupakan sebab kemenangan tersebut. Kebanyakan tentera Cina dan Russia tidak dapat membaca dan menulis dan selepas pegawai mereka terbunuh, tentera ini berkecai dengan cepatnya.

Kebanyakan pelajar pertukaran adalah samurai, bukan kerana mereka samurai, tetapi ramai yang boleh membaca dan terpelajar. Sebahagian pelajar pertukaran ini memulakan sekolah swasta untuk pengajian tinggi. Sesetengah samurai mula menulis menggantikan senjata dan menjadi pemberita dan penulis dan mendirikan syarikat akhbar. Samurai yang lain pula menyertai perkhidmatan kerajaan kerana mereka boleh membaca dan terpelajar.