Sang_Saka_Malaya
Sang_Saka_Malaya

Sang_Saka_Malaya

Sang Saka Malaya (kependekkan dari perkataan: "Sang Pusaka Malaya") adalah bendera Persatuan Kesatuan Melayu Muda (PKMM) bergelar Sang Saka Merah Putih yang dikatakan pernah dibawa oleh para perwakilan Malaya di Sidang Serantau Asia (Asian Relations Conference) pada penghujung tahun 1947 di New Delhi, India.[1][2] Bendera ini menampilkan lambang dua belas butir bintang yang disusun tiga baris empat lajur (yang digelar oleh Zulaikha Zulkifli, seorang pemberita malaysiakini sebagai Bendera Rakyat[3] atau Bendera Malaya Merdeka[perlu rujukan]) yang diperkenalkan pada tahun 1947 oleh gabungan PUTERA-AMCJA sebagai cadangan untuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Dua belas butir bintang tersebut adalah mewakili 12 negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Perak, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Ia mengikut konsep pada bendera Amerika Syarikat di mana 50 bintang mewakili 50 negeri yang membentuk Amerika Syarikat. Bendera Sang Saka Malaya merupakan bendera pergerakan pihak kiri yang memperjuangkan kemerdekaan tanpa pembabitan raja-raja Melayu, dan oleh itu boleh dikatakan cenderung kearah pembentukan sebuah republik, (melalui penyatuan dengan Indonesia)[4] sama seperti yang berlaku di Indonesia, di mana raja-raja tempatan telah kehilangan ("dilucutkan")[5] kuasa masing-masing semasa pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia.[6], [7]Sang Saka Malaya (2007) pula merujuk kepada bendera rekaan pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Najwan Halimi. Bendera ini telah dibawa oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi [8] dengan rekabentuk bendera merah putih bersama bulan dan bintang 11 bucu. Bendera Sang Saka (2007) menjadi titik tengah dalam kontroversi bendera kebangsaan yang timbul sekitar musim menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55, apabila sesetengah pihak mengedar risalah yang menggesa supaya bendera Jalur Gemilang digantikan dengan bendera Sang Saka (2007) atas pelbagai sebab.

Sang_Saka_Malaya

Nama Sang Saka Malaya, Sang Saka Merah Putih
Bendera Rakyat
Bendera Malaya Merdeka
Rekaan Gabungan PUTERA-AMCJA

Rujukan

WikiPedia: Sang_Saka_Malaya http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/1947-sang... http://www.freemalaysiakini2.com/?p=44745 http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.klpos.com/analisis/14841 http://www.malaysiakini.com/news/207903 http://www.malaysiandigest.com/news/97881-i-design... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/ar... http://www.utaranews.com/2012/09/sang-saka-malaya-...