Isu Sang_Saka_Malaya

Bendera Sang Saka Malaya berbintang 11 bucu yang dikibarkan dalam perarakan Janji Demokrasi 2012.Varian Sang Saka Malaya berbintang 14 bucu.

Isu yang membabitkan pengibaran bendera Sang Saka Malaya mula tercetus apabila sekumpulan remaja yang menyertai perarakan "Janji Demokrasi" sempena malam kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 2012, mula mengibarkan bendera tersebut dikhalayak umum. Serentak bersama dengan perhimpunan tersebut, risalah yang menggesa penukaran Jalur Gemilang kepada bendera turut diedarkan.[16] Oleh demikian timbul pandangan bahawa pengibaran bendera itu merupakan satu bentuk ancaman ideologi yang mahu cuba menukar bendera Jalur Gemilang sedia ada. Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan tindakan sesetengah peserta Himpunan Janji Bersih mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang mempunyai agenda tersirat, seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik.[17]

"Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan,".

Selain itu segelintir peserta perhimpunan itu turut menghina pemimpin negara dengan memijak gambar Perdana Menteri. Tindakan-tindakan tersebut mendapat kecaman ramai dengan banyak pihak [18][19][20] dan ada yang membuat laporan polis. [21]

Berikutan dengan kecaman yang diterima, Jawatankuasa Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak memberikan arahan untuk mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang dikibarkan oleh sekumpulan remaja di Dataran Merdeka. Selain itu Menurut Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pihak pembangkang langsung tidak pernah membincangkan rekaan bendera Sang Saka Malaya yang direka semula oleh Najwan Halimi pada tahun 2007, iaitu Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR). Shamsul Iskandar menyifatkan pengebaran bendera Sang Saka Malaya hanyalah menifestasi anak muda yang cerah pengamatannya dalam perihal sejarah Nusantara.[22], [23]

Menurut laman web Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak terdapat entri yang menggambarkan "bendera Sang Saka Malaya akan menggantikan Jalur Gemilang kerana mempunyai ciri-ciri kenusantaraan (Sang Saka) yang tiada pada Jalur Gemilang" [24]

Dalam pada itu konsep atau elemen jalur merah putih dilihat bukan sahaja wujud dalam beberapa bendera negara republik di sekitar kepulauan Nusantara seperti yang terpapar dalam bendera negara Indonesia dan Singapura, namun elemen tersebut turut wujud dalam bendera rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)

Rujukan

WikiPedia: Sang_Saka_Malaya http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/1947-sang... http://www.freemalaysiakini2.com/?p=44745 http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.klpos.com/analisis/14841 http://www.malaysiakini.com/news/207903 http://www.malaysiandigest.com/news/97881-i-design... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/ar... http://www.utaranews.com/2012/09/sang-saka-malaya-...