Aktiviti Sekolah_Menengah_Sains_Rembau

Kokurikulum

Selain pencapaian gemilang dalam bidang akademik, sekolah ini juga bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Pasukan sekolah kerap memenangi pertandingan dalam kawad kaki kadet, catur, pidato, choral speaking, koir, drama dan bahas, baik di peringkat daerah, mahupun di peringkat negeri.

Beberapa pasukan sukan sekolah juga berjaya mencatat rekod kemenangan yang membanggakan, terutamanya dalam olahraga dan ragbi.

Selain itu, sukan-sukan lain yang terkenal di SEMESRA adalah sukan memanah, bola sepak, bola jaring, bola keranjang, hoki, tenis, petanque, kriket, badminton, futsal dan bola tampar. Sebilangan pasukan ini turut mempunyai nama pasukan masing-masing; antaranya Storm (Bola Keranjang), Lycans (Ragbi) dan Valiant (Bola Jaring).

Pengantarabangsaan

Inisiatif pengantarabangsaan sekolah adalah menjadi salah satu agenda tahunan utama di SEMESRA, bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar suasana di luar kampus, khususnya kepada suasana pembelajaran yang berbeza. Menerusi inisiatif ini, SEMESRA menjalinkan hubungan dan persetujuan dengan pelbagai institusi pendidikan luar negara, selain menjalankan misi-misi kemanusiaan.

Pada tahun 2011, delegasi sekolah melawat beberapa institusi pendidikan di Lombok, Indonesia dan menandatangani MoU dengan pihak mereka. Pada tahun yang sama, pelajar SEMESRA turut pergi ke Kemboja dan Vietnam untuk menyertai misi kemanusiaan.

Pada tahun berikutnya, delegasi SEMESRA mengunjungi beberapa sekolah di Padang, Indonesia manakala pada tahun ini (2014), delegasi sekolah melawat Ho Chi Minh City di Vietnam.

Selain itu, pelajar SEMESRA juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar menerusi Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths (JENESYS) yang dijalankan pada setiap tahun. Peluang ini terbuka kepada pelajar yang mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga, membolehkan mereka untuk didedahkan kepada suasana di negara Jepun.

Selain itu pada tahun 2017,SEMESRA telah didatangi oleh pelajar-pelajar dari SMP NEGERI 1 PADANG dan malam kebudayaan bersama-sama dengan SMA NEGERI 1 PADANG.Program ini diadakan kerana supaya kita dapat tahu tentang ciri-ciri sesebuah sekolah dari negara lain.