Selangor FC II
Selangor FC II

Selangor FC II

Persatuan Bola Sepak Selangor 2 yang juga dinamakan Selangor 2 adalah pasukan pembangunan akademi Selangor yang berpangkalan di Shah Alam, di negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1967 sebagai Kelab Sukan dan Rekreasi untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (KSR PKNS). Di bawah nama KSR PKNS, kelab ini bersaing dalam kejohanan Piala FAM sekitar tahun 70-an, 80-an, dan 90-an. Akhirnya pada tahun 2004 kelab ini dijenamakan semula kepada Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) bersempena layak ke Liga Premier dan mula bermain diperingkat profesional. Pencapaian terbaik pasukan ini adalah menjuarai Liga Premier Malaysia 2011. Juga menjadi naib juara di Liga Premier Malaysia 2016 & Piala FA Malaysia 2016. Untuk musim 2018 mendapat tempat ke-3 dalam saingan Liga Super Malaysia.[1] Kelab ini digabungkan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor pada akhir 2019 sebagai satu kelab dan dijenamakan sebagai Selangor 2. Pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai PKNS FC ini kemudian ditukar menjadi pasukan feeder sebahagian daripada peraturan kelab feeder dan akan memulakan musim 2020 sebagai pasukan pembangunan Selangor FA. Untuk musim ini juga, akan beraksi di Liga Premier sambil menggunakan gelanggang di Stadium UiTM dengan kapasiti 10,000 tempat duduk.

Selangor FC II

2020 Ke-5
Liga Liga Premier Malaysia
Nama penuh Persatuan Bola Sepak Selangor 2
Jurulatih Michael Feichtenbeiner
Tapak sesawang Laman kelab
Stadium Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor
(Muatan: 10,000)
Pemilik Red Giants FC Sdn Bhd
Diasaskan 1967; 53 tahun yang lalu (1967) (KSR PKNS)
2004; 16 tahun yang lalu (2004) (PKNS FC)
2019; 1 tahun yang lalu (2019) (Selangor 2)
Gelaran
  • Gergasi Merah (The Red Giants)
  • Merah Kuning (The Red-Yellows)
Presiden Tengku Amir Shah
Pengurus Mahfizul Rusydin Abdul Rashid