Sejarah Senarai_bendera_Malaysia

Bendera-bendera Kesultanan yang pernah menakluki bahagian-bahagian tertentu di Malaysia

BenderaTarikh (abad)KegunaanPerihal
abad ke-15 – 1888Bendera Empayar Brunei, memerintah di kebanyakan tempat di Borneo sehingga Seludong (kini Manila) dan Banjarmasin di KalimantanBendera kuning mewakili Kesultanan Brunei.
abad ke-16 - 18Bendera Kesultanan Sulu, pernah suatu ketika mentadbir bahagian timur Sabah, selepas wilayah tersebut diserahkan oleh Kesultanan Brunei kerana membantu Brunei dalam meredakan perang saudara di sabah, walaubagaimanapun berdasarkan beberapa sumber, hal ini tidak pernah terjadi[2]Mewakili identiti Suluk.
abad ke-18 - 1912Bendera Kesultanan KedahBendera berwarna merah mewakili simbol penguasaan Kesultanan Kedah.
1731 – 1881Bendera Kesultanan Bulungan, kawasan sekitar Tawau di Sabah pernah berada dibawah pengaruh kesultanan iniMewakil identiti Bulungan.
1853 – 1887Bendera pertama Kesultanan Pahang ketika penyatuan dengan Kerajaan JohorBendera hitam mewakili Kesultanan Pahang.
1887 – 1903Bendera kedua Kesultanan PahangBendera hitam dengan sedikit putih disebelah kiri menandakan Kesultanan Pahang.
1855
abad ke-18 – 1912
abad ke-18 – 1879
Bendera Kesultanan Johor
Bendera Kesultanan Kelantan
Bendera Kesultanan Perak
Bendera putih di beberapa kawasan naungan Kesultanan Melayu.
1855 – 1865Bendera Kesultanan Johor dari tahun 1855 hingga 1865Bendera hitam dengan segi empat tepat berwarna putih di belah kiri atas.
1865 – 1871Bendera Kesultanan Johor dari tahun 1865 hingga 1871Bendera hitam dengan warna merah berbentuk salib sama seperti Salib St Andrew di sisi kiri atas.
1859 – 1965Bendera Kesultanan SelangorSama seperti bendera Selangor semasa, cuma warna bulan sabit dan bintang berpenjuru 5 berwarna kuning. (versi semasa berwarna putih).
1912 – 1923Bendera Kesultanan Kelantan dari tahun 1912 hingga 1923Terdiri daripada bendera putih dengan sempadan biru, membaluti bahagian atas. Lakaran harimau yang bergaris biru. Terdapat aksara tulisan Jawi pada hujung ekor membawa maksud "Kerajaan Kelantan", manakala badan utama harimau tertera petikan ayat Al-Quran, dari Surah As-Saff, Surah ke-61 dari ayat ke-13.
1912 – 1933Bendera Kesultanan Terengganu dari tahun 1912 hingga 1933Bendera hitam dan putih.
1933 – 1947Bendera Kesultanan Terengganu dari tahun 1933 hingga 1947Sama seperti bendera pertama, tetapi ditambah bulan sabit dan bintang.

Bendera kolonial

BenderaTarikh (abad)KegunnaanPerihal
1511 – 1641Bendera Melaka Portugis, koloni Empayar PortugisKotak segi empat sama yang mana bahagian tengahnya terdapat jata dengan 5 kota pada ovigal, dikelilingi oleh mahkota raja terbuka.
1641 – 1795Bendera VOC dekat Melaka BelandaTiga lajur melintang berwarna merah (atas), putih dan biru (bawah), di bahagian tengah terdapat lambang VOC.
1795 – 1801Union Jack, bendera United Kingdom Great Britain. Digunakan oleh Pasukan Pertahanan British ketika kemasukan pendudukan British ketika Perang NapoleonBendera England dan Scotland bertindihan.
1801 – 1818Bendera United KingdomPertindihan antara bendera Scotland dan England dengan Salib St Patrick.
1818 – 1825Bendera Belanda. Setelah kependudukan dan pengembalikan kuasa Belanda di Melaka, VOC mengalami muflis besar, segala aset dan keperluan di pindahkan ke Betawi, dimaan membawa kepada kesudahan Belanda dalam Perang Napoleon. Meneyebabkan penggunaan bendera penuh Belanda di Melaka BelandaTiga lajur mendatar berwarna merah (Vermilion Terang), putih dan biru kobalt.
1826 – 1895Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Dengan penubuhan Negeri-negeri Selat, Syarikat Hindia Timur Inggeris mentadbir Tanah Melayu sehinggalah terciptanya Tanah Jajahan Mahkota British pada 1867. Reka bentuk bendera mempunyai elemen bendera Union Jack yang jelas di belah sisi atas kiri dan garisan melintang selari berwarna merah putih bergilir-gilir, serupa bendera kebangsaan Malaysia sekarang.Beberapa garisan merah dan putih pada bendera Union Jack United Kingdom disisi kiri sebalah atas.
1826 – 1946Bendera Negeri-negeri SelatBendera biru dengan bendera Union Jack di sisi kiri atas, serta cakera putih dalamnya ada segi empat menyereng berwarna merah. Pall berbentuk "Y" berwaran putih, terdapat imej tiga buah mahkota kuning didalamnya.
1946 – 1949Bendera Pulau PinangBendera biru dengan bendera Union Jack disisi kiri atas, cakera putih berisi jata Pulau Pinang versi lama.
1946 – 1957Bendera MelakaBendera biru dengan bendera Union Jack disisi kiri atas, cakera putih berisi imej Pintu Santiaga, A Famosa berwarna merah.
1946 – 1959Bendera SingapuraBendera biru dengan bendera Union Jack disisi kiri atas, cakera putih berisi Pall berbentuk "Y" berwaran merah, terdapat imej mahkota ditengah pall.
1896 – 1946
1946 – 1948
1948 – 1950
Bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Bendera Malayan Union
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Empat jalur warna melintang, terdiri dari warna putih (atas), merah, kuning dan hitam. Terdapat cakera kecil berwarna putih didalamnya ada imej penuh harimau sedang berlari di tengah-tengah antara jalur merah dan kuning.
1895 – 1946Bendera Tentera Laut Negeri-negeri Melayu BersekutuSetengah diagonal segitiga berwarna putih, merah, hitam dan kuning.
1942 – 1945Bendera Empayar Jepun. Digunakan ketika Penddukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Labuan dimana dibawah pengaruh pentadbiran ketenteraan Jepun, Pendudukan Jepun di Singapura (kemudian dinamakan Shōnantō).Terdapat cakera matahari merah ditengah-tengah lapangan bendera.
Bendera perang Tentera Imperial JepunCakera putih dengan matahari merah ditengah-tengah bendera dengan 16 pancaran.
1950 – 1963Bendera Persekutuan Tanah MelayuBendera berlajur 11 garis melintang dengan warna merah dan putih berturut-turutan. Terdapat kotak berwarna biru disis kiri atas, dalamnya ada bulan sabit dan bintang pecah 11 berwarana kuning.
1841 – 1848Bendera Kerajaan SarawakBendera pertama Kerajaan Sarawak (1841–1848) menggunakan Salib St George, selepas wilayah tersebut diserahkan oleh Kesultanan Brunei kepada James Brooke.
1848 – 1870Bendera Kerajaan SarawakBendera kedua Kerajaan Sarawak (1848-1870), palang salib besar St. George setengah hitam, setengah biru, dengan mahkota ditengah simbol kepada Raja Putih Sarawak.
1870 – 1946
1963 – 1973
Bendera Kerajaan Sarawak kemudian menjadi bendera bagi negeri SarawakBendera ketiga Kerajaan Sarawak, dengan salib merah dan hitam dengan gaya salib St. George. Warna hitam ialah simbol kelas pemerintahan, dan merah beerti masyarakat. Sama seperti bendera kedua, terdapat mahkota ditengah-tengah salib, simbol kepada pemerintahan Raja Putih Sarawak. Bendera ini disyorkan kembali ketika kemerdekaan Sarawak.
1946 – 1963Bendera Tanah Jajahan Mahkota British di SarawakSetelah tamat Perang Dunia Kedua, Sarawak menjadi Tanah Jajahan Mahkota Inggeris. Bendera biru dengan lencana kerajaan lama diguna semula.
1882 – 1948Bendera Borneo UtaraBendera biru dengan lencana Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.
Bendera awam Borneo UtaraBendera merah dengan lencana Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.
1948 – 1963Bendera Tanah Jajahan Mahkota British Borneo UtaraSelepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara menjadi sebahagian dari Tanah Jajahan British. Lencana baharu memaparkan dua tangan (satu tangan kolonial dan satu lagi tangan pribumi ) memegang bendera SBUB dengan lakaran singa merah.
1912 – 1946Bendera Tanah Jajahan Mahkota LabuanBendera biru dengan lambang bahtera British belayar.

Bendera negeri

BenderaTarikh (abad)KegunaanPerihal
1949 – 1957Bendera negeri Pulau Pinang (1949-1957)Sama seperti bendera terkini kecuali warna biru dan putih bagi struktur pemecah air.
1973 – 1988Bendera negeri Sarawak (1973-1988). Bendera 'Trisakti' dicadangkan untuk menggantikan bendera era kolonialDwi warna melintang, merah dan putih dengan segitiga biru di penjuru tengah.
1963 – 1982Bendera negeri SabahEmpat lajur melintang samarata berwarana merah, putih, kuning dan biru, dengan warna coklat Gunung Kinabalu di sisi kiri atas berwarana hijau.
1982 – 1988Bendera melintang dwi-warna biru dan putih, serta serta segitiga merah dipenjuru.
1959 – 1965Bendera negeri Singapura (Negeri Singapura). Apabila Singapura berpisah dari Persekutuan Malaysia, bendera ini terus kekal sebagai bendera Republik Singapura. Sebelum pemisahannya, ia merupakan bendera negeri tunggal yang tidak mempunyai nisbah 1:2.Bendera dengan dwiwarna melintang, merah dan putih, terdapat bulan sabit dan lima bintang, semuanya berwarna putih berada disisi kiri atas bendera dalam jalur merah.