Serangan 11 September 2001 (
Tulisan Jawi: سراڠن 11 سيڤتيمبر 2001; juga digelar
9/11) ialah empat siri
serangan berani mati yang teratur oleh
al-Qaeda ke atas
Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang
pengganas al-Qaeda
merampas empat buah
kapal terbang penumpang komersil.
[2][3] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar
World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di
Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke arah bangunan
Pentagon di
Arlington, Virginia, dekat
Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan
Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar
Bangunan Kapitol atau
Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.
[4] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.
[4] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.
[5] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.
[6] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.
[7] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, akibat
penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.
[8]Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya,
Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.
[1] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan
Perang Terhadap Keganasan, menyerang
Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan
Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal
Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah
bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi
Lower Manhattan teruk terjejas.Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah
Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di
tapak World Trade Center.
One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan baru siap pada tahun 2013. Beberapa lagi menara sedang dibina di atas tapak itu bermula tahun 2007 hingga 2013.