Serie_A_2013–14

Serie A 2013–14 (dikenali sebagai Serie A TIM atas sebab penajaan) merupakan musim Serie A ke-82 sejak penubuhannya. Kempen ini bermula pada 24 Ogos 2013 dan tamat pada 18 Mei 2014. Seperti tahun-tahun kebelakangan ini, Nike menyediakan bola rasmi untuk kesemua perlawanan menerusi model baru Nike Incyte. Juventus sekalu juara bertahan berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan meraih tiga kejuaraan Serie A berturut-turut.Secara jumlahnya, 20 pasukan mengambil bahagian untuk kempen ini. 17 pasukan kekal dari musim 2012–13 dan tiga pasukan lagi dipromosi dari Serie B 2012–13. Palermo, Pescara dan Siena yang tersingkir pada musim lalu digantikan oleh tiga pasukan yang dipromosi, Sassuolo selaku juara Serie B, Hellas Verona sebagai naib juara dan pemenang play-off promosi, Livorno. Hellas Verona kembali ke Serie A selepas sebelas tahun menghilang manakala Livorno hanya menunggu empat musim untuk kembali dan seterusnya bagi Sassuolo, kempen kali ini merupakan penampilan sulungnya di Serie A.Buat pertama kali dalam sejarah Serie A, musim kali ini menyaksikan lima pertembungan setempat dari satu kota iaitu Milan (Internazionale dan Milan), Turin (Juventus dan Torino), Rom (Lazio dan Roma), Genoa (Genoa dan Sampdoria) dan Verona (Chievo dan Hellas Verona).

Serie_A_2013–14

Purata kehadiran 23,481[2]
Tanpa kalah paling lama 22 perlawanan
Juventus
Gol tertinggi 8 gol:
Verona 3–5 Fiorentina
(13 April 2014)
Udinese 5–3 Livorno
(4 Mei 2014)
Liga Juara-Juara Juventus
Roma
Napoli
Jumlah gol 1039 (2.73 per perlawanan)
Juara Juventus
(Kejuaraan ke-30)
Liga Europa Fiorentina
Internazionale
Torino
Kalah berturut-turut paling lama 7 perlawanan
Livorno[1]
Menang berturut-turut paling lama 12 perlawanan
Juventus
Penjaring gol terbanyak Ciro Immobile (22)
Tanpa menang berturut-turut paling lama 10 perlawanan
Livorno
Kemenangan terbesar pelawat Sassuolo 0–7 Inter
(22 September 2013)
Disingkirkan Livorno
Bologna
Catania
Musim 2013–14
Kemenangan terbesar tuan rumah Roma 5–0 Bologna
(29 September 2013)
Sampdoria 5–0 Verona
(23 Mac 2014)
Jumlah perlawanan 380

Rujukan

WikiPedia: Serie_A_2013–14 http://espnfc.com/stats/assists/_/league/ita.1/ita... http://espnfc.com/stats/scorers/_/league/ita.1/ita... http://www.stadiapostcards.com/A13-14.htm http://www.tuttosport.com/calcio/calciomercato/201... http://www.chievoverona.it/it/news/comunicato-uffi... http://www.ilrestodelcarlino.it/modena/cronaca/201... http://www.inter.it/it/news/62614 http://www.legaseriea.it http://www.legaseriea.it/en/news-centre/match-repo... http://www.sampdoria.it/il-saluto-di-delio-rossi-g...