Demografi Setiu

Penduduk Setiu mengikut statistik Banci Penduduk Malaysia tahun 2010 adalah seramai 55,517 orang. Daripada jumlah itu kaum Melayu adalah kumpulan etnik terbesar iaitu seramai 54,214 orang , diikuti Cina 125 orang, Bumiputera Lain 31 orang, India 12 orang dan Lain-lain 23 orang. Daripada keseluruhan penduduk daerah Setiu juga, 54,405 orang adalah Warganegara Malaysia manakala selebihnya 1,112 orang adalah Bukan Warganegara Malaysia. Pecahan penduduk mengikut jantina pula, 28,133 orang adalah lelaki manakala 27,384 orang adalah perempuan.

Bahasa

Majoriti penduduk Setiu menggunakan bahasa Kelantan sebagai bahasa ibunda, dengan minoriti menggunakan bahasa Terengganu dialek Pesisir yang sama dengan daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Akan tetapi di pendalaman Setiu terutama sekali di mukim Hulu Nerus, beberapa buah kampung disana menggunakan bahasa Terengganu dialek Hulu atau lebih dikenali sebagai "bahasa Kuala Berang" sebagai bahasa ibunda. Bahasa Malaysia piawai, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab juga diajarkan di sekolah-sekolah di dalam daerah tersebut.