Shinichiro_Miki

Shin-ichiro Miki (三木 眞一郎, Miki Shin'ichirō) ialah seorang seiyū terkenal yang dilahirkan pada 18 Mac, 1968 di bandar Tokyo, Jepun. Dia merupakan salah seorang ahli 81 Produce; mempunyai darah jenis AB.Miki paling popular dengan watak-wataknya sebagai Kojiro ("James") (Pokémon), Takumi ("Tak") Fujiwara (Initial D), Kisuke Urahara (Bleach), Inferno dalam alihan suara versi Jepun siri Beast Wars, Akira Yuki (Virtua Fighter) dan Lockon Stratos (Mobile Suit Gundam 00).Menurut Anime News Network, setakat Musim Bunga 2007, Miki merupakan seiyū paling menonjol dan terkenal, berada di belakang Takehito Koyasu dan Megumi Hayashibara dengan sejumlah 230 buah penghargaan yang diberikan kepadanya.