Ekologi Siamang

Siamang mendiami hutan rimba kepulauan Sumatera dan Semenanjung Malaysia, dan bertaburan luas dari hutan tanah rendah sehingga hutan gunung—malah hutan hujan—dan boleh didapati pada ketinggian sehingga 3,800 m.[5] Siamang tinggal dalam kumpulan sehingga enam individual (empat individu purata) dengan julat tinggal purata 23 hektar.[6][7] Julat siang mereka adaalh jauh lebih kecil berbanding spesies Hylobates setempat (“sympatric”), sering kali kurang dari 1 km.[5] Panggilan berlagu siamang memecah kesunyian hutan pada awal pagi selepas panggilan ungka licah dan panggilan ungka lar. Siamang di Sumatera dan Semenanjung Malaysia kelihatan serupa, tetapi terdapat perbezaan tingkah laku antara kedua populasi.

Penampilan

Siamang memiliki bulu serabut, tebal, panjang yang paling gelap dikalangan semua ungka. Ia memiliki lengan panjang tergantung yang lebih panjang berbanding kaki mereka. Panjang purata siamang adalah 90 cm, tetapi paling besar ia pernah direkodkan adalah 1 meter 50 sm. Muka ungka besar ini kebanyakannya tiada bulu kecuali misai yang nipis.

Diet

Siamang makan pelbagai bahagian tumbuhan. Siamang Sumatran adalah lebih memakan buah berbanding siamang Malaysia, dengan buah menyumbang aehingga 60% permakanannya. Siamang memakan sekurang-kurangnya 160 spesies tumbuhan, dari pokok menjalar sehingga pokok berkayu. Makanan utamanya adalah ara (Ficus spp.), ahli keluarga Moraceae.[7][8] Siamang gemar memakan buah masak berbanding buah yang masih putik, dan pucuk berbanding daun tua. Ia memakan bunga dan beberapa haiwan, terutamanya serangga. Apabila siamang memakan bunga yang besar, ia makan hanya kelopak bunga, tetapi akan memakan keseluruhan bunga lebih kecil, dengan buah kecil dikumpulkan dalam gengamannya sebelum dimakan. Apabila ia makan biji benih besar dan keras, atau biji benih dengan tepi tajam, ia akan mengupas isi buah sebelum membuang biji benih tersebut.[8] Sungguhpun ia memakan kebanyakannya buah, ia merupakan yang paling banyak memakan daun ("folivorous") dalam kumpulan ungka Hylobatidae.[5] Oleh kerana ia merupakan ungka terbesar, ia sama seperti gaya permakanan primate umum yang cenderung lebih folivorous.[9]

Demografik dan populasi

Satu kumpulan siamang biasanya terdiri dari pemimpin jantan dewasa, pemimpin betina dewasa, dengan anak-anak, bayi dan kadang-kala yang muda. Siamang muda akan meninggalkan kumpulan apabila mencecah usia enam hingga lapan tahun; betina muda cenderung meninggalkan kumpulan lebih awal berbanding jantan muda. Tempoh bunting Siamang adalan antara 6.2 dan 7.9 bulan; selepas bayi dilahirkan, ibunya akan menjaganya bagi tahun pertama hidupnya.[10] Siamang jantan cenderung memberikan lebih jagaan bapa berbanding ahli lain dalam keluarga Hylobatidae, mengambil peranan utama bagi membawa bayi selepas ia berusia sekitar lapan bulan.[5] Bayi biasanya kembali pada ibunya untuk menyusu dan tidur. Bayi biasanya mula mengembara berasingan dari keluarganya menjelang berusia tiga tahun.[11]

Siamang umumnya diketahui sebagai memiliki pasangan tunggal monogamous, yang telah direkodkan sebagai menghabiskan lebih banyak masa berdekatan sesama sendiri, berbanding spesies ungka yang lain.[12] Bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa terdapat kedua-dua kumpulan monogamous dan polyandrous di selatan Sumatera.[10] Dalam kajian mengenai populasi ini, bayi dalam kumpulan monogamous didapati menerima jagaan siamang jantan yang lebih menyeluruh berbanding bayi dalam kumpulan polyandrous. Ini pengurangan jagaan ini kemungkinannya disebabkan ketidakpastian mengenai kebapaan dalam kumpulan ini.[10]

Satu kajian berkaitan kesan gangguan habitat pada siamang mendapati komposisi kumpulan adalah berbeza menurut struktur jantina-usia antara hutan dara dan hutan kedua (ditebas dan tumbuh semula). Hutan kedua, (ditebas dan tumbuh semula), mengandungi lebih banyak dewasa dan muda berbanding populasi hutan dara, yang memiliki lebih banyak bayi, remaja dan remaja besar. Kadar kemandiran bayi dalam kumpulan di hutan kedua adalah lebih rendah berbanding kumpulan di hutan dara. Bilangan individual adalah lebih banyak di hutan dara berbanding hutan kedua.[7] Siamang di hutan yang diganggu hidup dalam kumpulan kecil dan mempunyai kepadatan lebih rendah berbanding hutan dara kerana kekurangan sumber makanan dan pokok untuk tinggal.

Pada 1980-an, populasi siamang liar di Indonesia dianggarkan seramai 360,000 individu.[13] Ini kelihatannya terlebih anggaran masa kini, kerana sebagai contoh, Taman negara Bukit Barisan Selatan merupakan kawasan perlindungan ketiga terbesar (3,568 km²) di Sumatera, di mana sekitar 2,570 km² kekal dilitupi hutan didiami 22,390 siamang (pada bancian 2002). Menurut dua projek penyelidikan berbeza yang dilakukan di Sumatera, siamang gemar untuk mendiami hutan tanah rendah antara 500 m dan 1000 m dari paras laut.[6]

Tingkah laku

Siamang cenderung untuk berehat lebih dari 50% waktu berjaganya (dari subuh hingga dinihari), diikuti dengan makan, bergerak, mencari makan dan aktiviti sosial. Ia banyak berehat semasa tengahari, mengambil masa untuk menyisir sesama sendiri atau bermain. Semasa waktu berehat, ia biasanya menggunakan dahan pokok yang besar, baring atau menirap. Makan, menyelongkar makanan, dan bergerak sering kali berlaku pada waktu pagi dan selepas waktu rehat. Menyisir adalah pergaulan sosial paling penting dikalangan ahli keluarga. Penyisiran berlaku antara ahli matang pada awal hari dan kemudian ahli matang menyisir ahli muda pada ahkir hari. Jantan dewasa paling banyak terbabit dengan penyisiran.[11]

Sekumpulan siamang berehat – siamang berehat sehingga 50% waktu jaga mereka.

Semasa musim kemarau, saiz julat harian siamang adalah lebih luas berbanding musim hujan. Siamang di selatan Sumatera kurang bergerak menyelokar mencari makanan berbanding siamang ditempat lain kerana ia makan lebih banyak buah dan dengan itu mendapat lebih banyak zat, yang menyebabkan kurang masa diperlukan bagi mencari makanan. Kadang-kala, siamang akan menghabiskan masa sepanjang hari di sebatang pokok buah yang besar, hanya bergerak pergi apabila ia ingin berehat dan kembali pada pokok buah tersebut.[8]

Siamang adalah spesies primate paling bermasyarakat dan memaparkan pelbagai pergerakan tangan (“tactile“) dan visual, bersama tindakan dan gambaran muka bagi berhubung dan meningkatkan ikatan sosial dikalangan ahli keluarga mereka.[14] Siamang juga memiliki wilayah dan berhubung dengan kumpulan keluarga lain dengan membuat panggilan yang kuat bagi memberitahu kumpulan lain di mana wilayah mereka berada. Panggilan ini mungkin tidak sekata (“asynchronous”), apabila ia tidak ditujukan pada kumpulan berjiranan tertentu, atau panggilan kumpulan serentak mungkin dilakukan menyeberangi sempadan wilayah. Tambahan lagi, siamang jantan akan mengejar sesama sendiri menyeberangi sempadan.[11]

Penyisiran sering berlaku antara jantan dan betina didapati berkait dengan kekerapan hubungan intim, dan juga paparan agresif. Pasangan berhubung antara empat hingga lima bulan pada selang dua hingga tiga tahun. Puncak aktiviti mengawan mereka sering kali semasa buah paling banyak didapati.[11] Dorsoventral copulation is the most common type of copulation in siamangs, where the female is squatting and the male hangs by his arms and grips the female with his legs, whereas ventroventral copulation, where both primates are suspended, occurs only one in 60 times on average.[11]

Peranan sahutan

Siamang memulakan harinya dengan sahut-menyahut pada awal pagi; sahutannya berkurangan selepas tengahari, dengan puncak sahutan sekitar 9:00 am hingga 10:00 am. Kebanyakan sahutan siamang ditujukan pada jirannya berbanding dalam julat tempat tinggalnya. Ini bererti sahutan siamang adalah tindak-balas pada gangguan dan bagi mempertahankan daerahnya. Sahutan pada lewat petang biasanya berlaku apabila ia terbembung atau melihat kumpulan siamang yang lain. Pinggir tempat tinggal julat siamang, yang mungkin bertindan dengan yang lain, sering kali merupakan tempat di mana bunyi sahutan dibuat. Sahutan balasan (tindak-balas) kadang-kala berlaku berhampuran sempadan atau dalam kawasan bertindan. Sahutan lebih galak apabila buah lebih banyak berbanding apabila buah berkurangan. Siamang menggegarkan dahan, berhayun, dan bergerak sekeliling puncak pokok mengiringi sahutan. Pergerakan ini mungkin bagi menunjukkan pada kumpulan jiran di mana mereka berada.

Siamang cenderung menyahut di pokok hidup, besar dan tinggi, di mana kumpulan lain senang dilihat. Selain itu, pokok tinggi, besar, hidup mampu menyokong pergerakan siamang. Pokok menyahut biasanya berhampiran dengan pokok makan, tetapi kadang-kala mereka menyahut dari pokok mereka makan.[8][15]

Pasangan bersama akan menghasilkan sahut-sahutan jelas berpola, kuat, yang digelar berduet. Fungsi panggilan ini adalah untuk menunjukkan kehadiran dan status pasangan bersama.[16] Pasangan yang baru mengikat ikatan menghabiskan lebih banyak masa menyanyi berbanding pasangan sudah lama. Mengistiharkan kehadiran ikatan yang kuat memberi kelebihan dalm pertahanan kawasan.[17] Siamang berduet berbeza dari spesies yang lain kerana ia memiliki struktur suara yang kompleks. Empat kelas bunyi berbeza telah direkodkan: bergema, menyalak, jeritan mendayu dan jeritan tona tunggal (“bitonal”). Siamang betina biasanya menghasilkan salakan panjang dan yang jantan menghasilkan jeritan tona tunggal, tetapi kedua jantina diketahui telah menghasilkan kesemua empat kelas bunyi-bunyian.[18]

Pembenihan

Sebagai haiwan pemakan buah, siamang menyebarkan biji benih melalui najisnya ketika ia mengembara menjelajahi kawasannya. Siamang mampu membawa biji benih dan membuang najis melebihi 300 m dengan jarak terdekat sekitar 47.6 m dari sumber biji benih, yang menyokong pemulihan dan penggantian hutan.[19]