Siamang
Siamang

Siamang

Siamang atau nama sainsnya Symphalangus syndactylus[3] merupakan sejenis Ungka yang tinggal di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Terdapat dua subspesies Siamang iaitu Siamang Sumatra (S. S. Syndactylus) dan Siamang Malaya (S. S. Continentis). Siamang diklasifikasikan sebagai "terancam" oleh IUCN. Siamang merupakan yang terbesar dalam keluarga ungka, siamang mampu mencecah dua kali ganda ungka yang lain, mencecah ketinggian 1 m, dan berat sehingga 14 kg. Siamang merupakan satu-satunya spesies dalam genus Symphalangus.Siamang menonjol disebabkan dua perkara. Yang pertama merupakan dua jari pada setiap kaki adalah sebahagiannya disambung oleh selaput —dengan itu nama "syndactylus", dari perkataan Yunani sun-, "bersatu" + daktulos, "jari". Kedua adalah karung gular yang besar] (terdapat pada kedua jantan dan betina spesies tersebut), yang mana merupakan kelenjar tengkuk yang boleh dikembungkan sehingga saiz kepala siamang itu sendiri, membolehkan haiwan tersebut bagi menghasilkan bunyi panggilan kuat, bergema atau nyanyiannya.Siamang hadir serentak bersama ungka yang lain; dua wilayahnya bertindan sepenuhnya dengan julat bersama dengan ungka yang lain, iaitu ungka lincah (“agile gibbon”) dan ungka lar. Sungguhpun siamang diberikan nama yang berbeza dari ungka yang lain, pecahan ini tidak sempurna secara cladistically, kerana genus Nomascus berpisah dari ungka yang lain sebelum pemisahan Symphalangus.[4]Siamang mampu hidup lebih dari 30 tahun dalam kurungan.Sungguhpun perdagangan haiwan peliharaan haram menjejaskan populasi liar siamang, ancaman utama pada siamang merupakan kehilangan tempat tinggal di kedua-dua di Malaysia dan Sumatera. Perladangan kelapa sawit telah membersihkan kawasan hutan yang luas, mengurangkan habitat siamang, bersama spesies lain seperti harimau Sumatera.