SimCity
SimCity

SimCity

SimCity ialah satu permainan penyelakuan pembangunan bandar raya yang mula dikeluarkan pada 1989 dan direka oleh Will Wright. SimCity ialah keluaran sulung Maxis, yang telah diadaptasikan kepada pelbagai komputer peribadi dan konsol permainan, dan melahirkan beberapa susulan termasuk SimCity 2000 pada 1993, SimCity 3000 pada 1999, SimCity 4 pada 2003, SimCity DS, dan SimCity Societies pada 2007. Nama asal SimCity kemudiannya telah dinamakan semula kepada SimCity Classic. Sehingga pengeluaran The Sims pada tahun 2000, siri SimCity ialah barisan permainan komputer paling laku yang dibangunkan oleh Maxis.SimCity melahirkan sebuah siri permainan Sim. Sejak pengeluaran SimCity, permainan simulasi yang lebih kurang sama telah dikeluarkan yang menumpukan aspek kenyataan (realiti) yang berlainan seperti simulasi urus niaga dalam kapitalisme.Pada 10 Januari, 2008 kod sumber SimCity dikeluarkan di bawah lesen perisian bebas GPL 3 di bawah nama Micropolis.

SimCity