Siri_Filem_Kampung_Pisang

Kampung Pisang ialah siri filem komedi seram Malaysia yang terdiri daripada filem-filem yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penerbit untuk tiga filem. Tayangan Unggul menerbitkan tiga filem, manakala Astro Shaw dan Infinitus Productions menerbitkan filem keenam dan Enjit Semut Productions menerbitkan dua filem. Awie telah membintangi keseluruhan filem. Kejayan filem Mamat Khalid dalam genre komedi seram yang pertama iaitu Zombie Kampung Pisang yang mencapai tahap pecah panggung dengan pulangan RM2.37 juta menjadi titik tolak kepada siri filem-filem seram lain. Semua filem dalam siri ini berlaku di sebuah kampung yang sama iaitu Kampung Pisang dengan penampilan Awie sebagai watak utama dan dibantu oleh beberapa orang pelakon yang sama dalam setiap kesinambungan dan filem sampingan.