Sistem_Rel_Ringan_(Singapura)
Sistem_Rel_Ringan_(Singapura)

Sistem_Rel_Ringan_(Singapura)

Sistem Rel Ringan atau lebih dikenali dengan singkatannya LRT, merupakan satu siri sistem transit laluan pandu automatik di Republik Singapura, yang bertindak sebagai perkhidmatan penghantar ke Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT). Laluan LRT pertama telah dibuka pada 1999[2][3] dan kini ia telah berkembang kepada tiga aliran; setiap satu daripadanya memberi khidmat di estet–estet perumahan di Bukit Panjang, Sengkang dan Punggol. Setiap laluan ini mempunyai sekurang–kurangnya satu stesen pertukaran dengan MRT.Rangkaian Sistem Rel Ringan ini mempunyai 42 buah stesen dengan panjang alirannya adalah 28.8 kilometer (17.9 batu). Laluan–laluan kereta api tersebut dibangunkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), suatu badan berkanun di bawah Pemerintah Singapura. Konsesi pengendalian sistem LRT diberikan kepada syarikat berasaskan keuntungan iaitu SMRT Corporation (melalui SMRT Light Rail) dan SBS Transit, di mana para pengendali ini juga mengelolakan perkhidmatan bas dan teksi; ini menjamin terdapatnya penyepaduan penuh dalam perkhidmatan pengangkutan awam.Kesemua laluan LRT menggunakan stok kereta api bertayar getah yang tidak mempunyai pemandu dan automatik sepenuhnya, dan ia serupa dari segi saiz dan skop dengan transit rakyat di mana ia boleh didapati di lapangan terbang di seluruh dunia. Secara keseluruhan, sistem LRT di Singapura bergerak di atas jejambat bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah dan stesen–stesennya adalah sama ada jenis bertingkat (atas jejambat) atau searas tanah.

Sistem_Rel_Ringan_(Singapura)

Pemilik Penguasa Pengangkutan Darat
Panjang sistem 28.8 kilometer (17.9 mi)
Kawasan perkhidmatan
Jumlah stesen 43 (1 tidak beroperasi)
Lokasi  Singapura
Jenis transit Transit laluan pandu automatik
Jumlah laluan/aliran 3
Pengendali
Nama asal
Mula beroperasi 6 November 1999 (1999-11-06)[2]
Bil. penumpang harian 180,000[1]