Sejarah Skandium

Dmitri Mendeleev menggunakan hukum berkala, dalam tahun 1869, untuk meramal kewujudan dan juga sifat-sifat tiga unsur yang belum diketahui termasuklah satu yang beliau namakan ekaboron.

Lars Fredrick Nilson dan pasukannya, tidak menyedari tentang ramalan tersebut pada musim bunga tahun 1879, sedang mencari logam-logam nadir bumi; dia telah menemui unsur yang baru menggunakan analisis spektra dalam mineral euksenit dan gadolinit. Beliau namakannya sebagai Skandium, daripada Latin Scandia yang bermaksud "Skandinavia", dan dengan cara pengasingan unsur dengan memproses 10 kilogram euksenit dengan sisa baki nadir bumi, beliau berjaya memperolehi 2 gram skandium oksida (Sc2O3) yang sangat tulen.

Per Teodor Cleve membuat kesimpulan bahawa skandium berpadanan tepat dengan ekaboran yang dicari-cari, dan telah memberitahu Mendeleev tentang perkara itu pada bulan Ogos.

Fischer, Brunger, and Grienelaus menyediakan logam skandium dengan julung-julung kalinya pada tahun 1937, melalui elektrolisis leburan eutektik kalium, litium, dan skandium klorida pada suhu 700 to 800°C. Dawai tungsten dalam sebekas zink cecair merupakan elektrod-elektrod dalam mangkuk pijar grafit. Paun pertama ketulenan 99% logam skandium tidak dihasilkan sehinggalah tahun 1960.