Kerajaan Soul_Society

Soul Society diperintah oleh sebuah keluarga diraja, di bawah lindungan pengawal diraja. Ini diikuti oleh Bilik Utama 46 yang berkhidmat sebagai badan kehakiman dan undang-undang tertinggi kedua hanya selepas keluarga diraja tersebut. Para shinigami menguatkuasakan undang-undang di Soul Society seperti sebuah cawangan eksekutif dan ketenteraan. Semua yang disebut di atas, kecuali keluarga dan pengawal diraja, menetap di Seireitei.

Raja dan keluarga diraja tinggal di sebuah dimensi yang paling dalam di Soul Society, yang hanya boleh dibuka dengah sebuah kunci bercabang tiga berwarna emas yang dinamakan Kunci Diraja (王鍵, ōken).[4] Lokasi kunci tersebut diturunkan kepada jeneral Gotei 13 dan kepada general seterusnya, di mana pemegang pada waktu ini merupakan Jeneral Yamamoto. Peranan raja itu sendiri tidak pernah diketahui, disebabkan para shinigami yang seringkali menerima perintah daripada Bilik Utama 46, dan baginda tidak pernah disebut dalam setiap pertimbangan yang dilakukan. Menurut Matsumoto Rangiku, tiada seorang shinigami dalam Gotei 13 pun yang pernah melihat raja itu.